nikakim.biz

Berita

Mari bersama-sama kita cipta masa depan yang lebih bermakna untuk generasi akan datang.
Fasa 3 tahun bisnes agak mencabar.
1)Kita baru mulakan bisnes, masih belum pandai sepak-terajang dunia bisnes. Pendapatan bulanan juga tidak berapa stabil. Ada masanya pendapatan kita lebih banyak dari gaji semasa kita bekerja dahulu dan ada masanya, pendapatan yang kita dapat tidak cukup untuk bayar komitmen bulanan yang sedia ada.
2) Cara terbaik adalah dengan mengikat perut dan tangguhkan keinginan kita semasa berjaya menjana pendapatan lebih untuk bulan-bulan tertentu. Perlu bina disiplin diri yang tinggi. Ambil gaji minimum dari pendapatan yang ada setiap bulan. Ketika ingin beli sesuatu barang yang agak mahal, fikirkan perkara yang berikut:-
a) jika beli benda tersebut, berapa liter petrol yang boleh diisi ke dalam tangki kereta? Berapa lama boleh guna untuk isi minyak?
b) berapa hari wang tersebut boleh digunakan untuk makan?
c) berapa banyak wang yang bakal digunakan tersebut boleh digunakan untuk selesaikan komitmen yang sedia ada?
d) jika wang ini dibuat modal untuk produk laku keras, berapa banyak wang yang boleh digandakan daripada modal tersebut.
3) Tangguhkan untuk membuat hutang baru. Jangan terpengaruh dan ikut-ikut orang lain. Jika kawan-kawan kita beli kereta baru yang lebih besar, itu rezeki mereka. Mungkin mereka perlukan kereta tersebut untuk membawa keluarga mereka yang besar. Perlu diingat, fungsi kereta hanyalah untuk membawa kita dari destinasi A ke destinasi B. Guna kereta yang sedia ada juga boleh sampai ke destinasi yang dituju dengan syarat, jangan lupa untuk servis kereta mengikut masa yang ditetapkan.
4) Tetapkan simpanan setiap bulan. Ada masanya, kita tergoda dengan wang yang semakin banyak 0 di dalam akaun bank. Cara untuk tidak nampak wang yang banyak 0 dalam bank adalah dengan membuat simpanan yang menyusahkan diri kita untuk keluarkan wang tersebut. Cara terbaik, masukkan ke dalam tabung haji, asb ataupun beli sijil simpanan premium. Nasib baik, dapat hadiah.
5) Jangan lupa bersedekah selalu walaupun duit tidak berapa ada di dalam poket. Sedekah bukan hanya dengan wang ringgit. Senyum juga satu sedekah, tolong makcik melintas jalan juga satu sedekah dan alihkan kayu yang mengganggu perjalanan orang juga satu sedekah. Insya Allah, murah rezeki.
;)
Lampu hiasan untuk hari raya siap dipasang.
Dapatkan promosi terkini di Umiena Signature.
Jangan lepaskan peluang membeli-belah di butik kami.
Antara isi kandungan perkongsian Puan Norliana binti Ismail dalam bengkel gempak hartaguam 2015 adalah seperti berikut:-
Tajuk: Kuasa-kuasa Pendaftar dalam Kanun Tanah Negara.
Yang ini agak teknikal.
1) Tugas utama pendaftar: menentukan samada sesuatu instrumen urusniaga layak untuk didaftarkan (fit for registration)
2) Pendaftar boleh menolak atau menggantung dokumen yang didaftarkan jika tidak memenuhi syarat.
Contoh dokumen yang tidak layak didaftarkan: -
a) mengisi salah borang untuk urusan pendaftaran. Contoh: isi borang 16A untuk urusan pindah milik. Birang yang sepatutnya adalah borang 14A. Pendaftar boleh menolak dokumen tersebut dan wang yang telah dibayar, tidak akan dikembalikan.
(Seksyen 298 (1) kanun tanah negara).
b) Pendaftar boleh menggantung pendaftaran sesuatu dokumen jika:-
a) formal defect atau clerical error. Contoh: kesilapan menaip nombor kad pengenalan. Pendaftar akan menggantung dokumen tersebut untuk didaftarkan sehingga kesilapan tersebut dibetulkan.
b) perserahan tidak disertakan dengan dokumen yang cukup
c) pendua instrumen tidak disertakan. Contoh: gadaian, pajakan dan easement perlukan 2 salinan. Jika peguam hanya kemukakan 1 salinan, pendaftar boleh menggantung perserahan tersebut dari daidaftarkan.
(Seksyen 298 (2) Kanun Tanah Negara)
3) Tempoh penggantungan : tidak lebih dari 14 hari
4) Mengapa kehadiran dokumen diperlukan?
a) mengelakkan fraud
b) menunjukkan adanya kebenaran daripada pemegang gadai untuk pindahmilik yang mempunyai gadaian. Ada kes, pemegang gadaian adalah individu dan bukannya bank.
c) salinan endorsan yang sama seperti di dalam dokumen hakmilik daftar komputer (dhdk) perlu dibuat ke atas dokumen tersebut.
5) Pendaftar mempunyai batasan kuasa. (Seksyen 303 Kanun Tanah Negara)
#HartaGuam
Teringat ketika membantu arwah abah berniaga di pasar-pasar malam suatu ketika dahulu, arwah berpesan, buat akaun berniaga ni senang saja. Perlu ada :-
1) duit masuk
2) duit keluar
Yang penting, semua perbelanjaan dan pendapatan dicatat setiap hari.
Cara yang arwah abah saya ajar senang sahaja. Kami gunakan buku latihan sekolah yg tidak habis dipakai. Satu muka surat dibahagikan kepada 2 bahagian.
1) pendapatan
2) perbelanjaan
Walaupun untung berniaga di pasar malam puluh-puluh sahaja, tapi kami nampak duit masuk dan duit keluar setiap bulan.
Semasa cuti sekolah, saya tolong arwah abah berniaga dan diberi 2 pilihan.
1)Ingin dapat gaji tetap RM15 hari atau
2) gaji dibayar ikut pembahagian keuntungan mengikut jualan
Saya pilih yang kedua. Memang kita tidak tahu berapa jualan yang dapat kita hasilkan sehari, tapi dengan teknik jualan yang betul, saya pernah dapat gaji yang mencecah sehingga RM50 sehari.
Saya amat bersyukur kerana dianugerahkan seorang abah yang kuat berusaha. Arwah seorang OKU dan tidak pernah minta sedekah.
Al-fatihah buat arwah abah.
Bagaimana ingin merasa perasaan jadi orang kaya?
1) Pergi ke kedai makan yang tidak ramai orang masuk. Pesan makanan. Ketika membayar, jangan ambil duit lebihan yang kecil-kecil. Contoh: Jumlah yang perlu dibayar untuk harga makanan RM19.00. Anda bayar RM20. Lepas itu tidak ambil baki RM1. Anda akan dapat lihat wajah gembira pemilik kedai tersebut.
2) Belanja mereka yang memerlukan. Contoh: Bayarkan apa yang dipesan oleh tukang kebun atau makcik cleaner ketila mereka memesan makanan.
3) Tetapkan minimum sedekah setakat yang anda mampu. contoh: RM10. Bila diamalkan selalu, anda akan malu untuk bersedekah dengan jumlah yang lebih rendah.
4) Beri nasihat percuma anda untuk mereka yang benar-benar perlukan walaupun adakalanya mengambil sedikit masa.
Ingatlah, segalanya datang dari Allah. Kita perlu usaha dan buat sehabis baik untuk mencapai impian. Selagi impian tidak tercapai, jangan berhenti dan menyerah kalah.
Ada lagi yang ingin ditambah? Sila komen di bawah.
Saya mencadangkan kerajaan melupuskan GST untuk uniform dan segala peralatan sekolah.
Semalam, semasa membeli baju sekolah untuk anak saya yang bakal bersekolah tahun depan, terpandang sepasang suami isteri mempunyai 3 orang anak yang bersekolah. Saya ternampak jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh mereka adalah sebanyak RM700.
Jumlah perbelanjaan untuk uniform 3 orang anak yang bersekolah sahaja sudah RM700 tidak termasuk kasut, stokin dan beg sekolah.
Jika RM100 GSTnya RM6x7=RM42
RM42 -banyak barang yang boleh dibeli.
Wahai kerajaanku, tolonglah faham masalah rakyat.
Tidak semua benda yang boleh majukan ekonomi negara baik untuk rakyat!
Pagi tadi terbaca post Puan Noraminah Omar berkenaan lean start-up.
6 tahun lepas, kami beli perniagaan taska dari pemilik lama. Masa itu, memang kami tidak cukup duit untuk beli perniagaan tersebut. Kami tidak cukup RM3k untuk bayar wang pendahuluan pembelian perniagaan tersebut.
Saya tebalkan muka, minta tolong dari seorang sahabat untuk pinjamkan wang sebanyak RM3k. Alhamdulillah, beliau beri pinjam. Masa itu, buntu bagaimana untuk membayar wang RM3k tersebut kerana anak murid taska hanya ada 2 orang. Saya buat surat perjanjian dengan beliau. Berikan deraf kepada beliau untuk pembayaran ansuran pinjaman tersebut sebanyak RM150 sebulan. Janji saya kepada beliau, jika ada wang lebih, saya bayar lebih. Pembayaran dibayar dengan menggunakan cheque setiap bulan. Alhamdulillah, tidak sampai 2 tahun, pinjaman tersebut selesai dibayar.
Cabaran seterusnya adalah bagaimana untuk buat taska tersebut menarik dengan kos yang minima. Kami ke rumah mak kami. Rumah mak saya di Bukit Baru, dan mak mertua di Kg Bukit Darat. Kami cari cat lebihan mengecat rumah yang ada. Bawa balik taska, kami bancuh dan campur-campurkan warna menggunakan cat yang ada. Cat lama memang ada sedikit bau.
Proses mengecat yang besar dilakukan pada malam sabtu kerana bau cat yang agak busuk. Sesudah cat kering, bau tersebut hilang. Bila sudah nampak hasil yang menarik, hilang segala lelah.
Perkara yang agak susah dan remeh adalah proses mendapatkan lesen taska. Masa itu, kami tidak tahu, jika taska tukar pemilik, kita terpaksa mengulang semula proses pendaftaran di Jabatan Kebajikan Masyarakat, PBT, Bomba dan Jabatan Kesihatan.
Ketika itu, fasa mengikat perut bermula. Antara perkara menarik yang berlaku adalah proses.membuat pamplet pertama kami. Designer di Seremban, hantar print pamplet di Kuala Lumpur. Masa itu baru tahu, jika kita ingin jimat kos printing, buat minimum 1000 salinan.
Banyak perkara yang berlaku ketika tempoh perjalanan permulaan perniagaan taska. Perkara menarik, suka, duka, pengalaman pahit, semuanya ada. Yang penting, kita jangan mengalah dan terus melangkah.
Melangkah setapak secara berterusan tanpa henti adalah lebih baik dari berlari laju di permulaan tetapi terhenti di tengah jalan.
Terima kasih kepada sahabat dan rakan-rakan yang tidak henti-henti menyokong kami. Jasa anda tidak kami lupakan. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Amin.
;)
Salam Jumaat Dan Salam Sayang Sahabat
Seribu Orang Kawan Belum Sama Taranya Dengan NILAI Seorang Sahabat
Begitulah Ibarat Tingginya NILAI Seorang Sahabat. Mencari Sahabat Sejati Umpama MenCari Mutiara Dipasiran Pantai Pattaya ,ia Amat Berharga Dan Sukar Ditemui . Hargailah NILAI Sahabat
Pesanan "Phe Phe Power dan "Chacha Power"
www.goldserum2u.com
#HjShaiful
#KedaiEmasHajjahHalijahSB
Assalamualaikum Sahabat Fb
Antara perkara paling bahagia ialah bila kita bangun tidur dan sedar kita dah bantu orang lain capai apa yang mereka mahukan dalam hidup mereka walaupun sedikit
ALLAH Cipta Silaturrahim
Bahasa Berniaga Netwoking
Keluarga Pertalian Persaudaraan
Niat kerana ALLAH dan Rasullulallah Saw
www.GoldSerum2u.Com
#HjShaiful
#KedaiEmasHajjahHalijahSB