nikakim.biz

Berita

Mesyuarat Parti Bunga Macam Mesyuarat Parti Komunis?
Akhirnya parti Bunga yang Mahathir tubuh untuk mencabar kewujudan UMNO ini akan mengadakan mesyuarat tahunannya di Shah Alam esok. Terlambat 4 bulan dari Tarikh ia sepatutnya diadakan tapi bak kata orang lebih baik ada dari tidak.
Pun begitu, mesyuarat ini mencetuskan banyak persoalan, antaranya mudah betul mereka mahu anjurkan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti dengan tidak ada mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan pun tidak wujud.
Maaf cakaplah, ini lebih teruk dari Parti Komunis.
AGM yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) itu dengar katanya akan dihadiri Pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta 990 perwakilan daripada 137 bahagian sahaja.
Parti Bunga terpaksa adakan juga AGM ini kerana mereka berdepan risiko dibubarkan oleh RoS. Ini kerana parti kecil itu didapati melanggar tiga perlembagaan partinya sendiri.
Pertama, gagal mengadakan AGM, kedua menangguhkan AGM tanpa peruntukan parti dan ketiga menggunakan istilah Armada untuk sayap pemuda parti yang mana ia bertentangan dengan perlembagaan partinya sendiri.
Walaupun arahan RoS kepada Parti Bunga adalah wajib mengadakan AGM, namun kena dilihat juga cara mereka anjurkan itu. Memadaikah sekadar mengumpulkan kepimpinan dari 137 bahagian tanpa peringkat cawangan/akar umbi?
Ini tak ubah seperti parti komunis. Ikut suka hati pemerintah parti itu nak aturkan AGM mengikut kehendak sendiri. Tak mustahil jika tiada arahan dari RoS, Parti Bunga tidak akan anjurkan AGM. Mereka akan gerakkan parti itu seperti gerila di dalam hutan, guna undang-undang rimba!
Bayangkan, macam mana mesyuarat tahunan diadakan bila mesyuarat cawangan dan bahagian pun tidak ada? Jangan kata mesyuarat cawangan, cawangan pun tidak ada walaupun satu. Hanya ada bahagian sahaja, itu pun jumlahnya masih jauh kalau nak dibandingkan dengan UMNO.
137 bahagian seluruh Malaysia ini sebetulnya masih tidak mampu menyainggi Umno yang gagah dengan 191 bahagian dan lebih 22 ribu buah cawangan. Sepatutnya 222 (mengikut jumlah kerusi parlimen) tapi kerana UMNO tidak wujud di Sarawak, tinggal 191 bahagian sajalah.
Jelasnya, ini bukanlah struktur suara akar umbi kepada pucuk pimpinan sebuah parti seperti mana kehendak demokrasi yang diamalkan di negara kita, tetapi ini lebih kepada organisasi diktator.
Bagaimanapun kita tidak terkejut. Pengasas Parti Bunga itu sendiri pun adalah seorang ahli politik tua yang bersifat super ego dan diktator. Ada Presiden pun macam tidak berfungsi, semuanya ikut apa kata Pengerusi, konsep demokrasi apakah ini? Nak dibandingkan dengan Presiden Umno dan kepimpinan sedia ada, jauh sekalilah.
Padahal ketika mula ditubuhkan dulu, pemimpin Parti Bunga mencanang cerita kononnya parti serpihan UMNO itu adalah cerminan demokrasi yang sebenar. Malah mendakwa dengan mudah boleh kebumikan Umno dalam PRU14 ini. Namun dsiukur dari jumlah cawangan dan bahagian pun tak mampu kalahkan Umno.
Dalam masa yang sama, RoS wajib siasat pelaksanaan AGM Parti Bunga. Jangan dibenarkan ada pihak menguruskan parti politik macam menguruskan sarkas. Negara kita ada undang-undang dan standard tersendiri dalam menubuhkan parti berasaskan prinsip demokrasi.
Mana boleh ikut hati Mahathir saja nak buat macam mana.
Tulisan :
Beruang Biru
BB719, Jumaat
29 Disember 2017
JAWAPAN RINGKAS LOKMAN ADAM KEPADA MANIFESTO MEMBENTERAS NAJIS RASUAH OLEH PAKATAN HARAPAN
Saya hampir hendak tergelak membaca 5 teras manifesto Pakatan Harapan “Bersihkan Malaysia Dari Najis Rasuah” yang dilancarkan di Parlimen baru-baru ini. Agak melucukan kerana ianya dilancarkan oleh Tun Mahathir dan Pimpinan Pakatan Harapan yang tidak ubah seperti Manifesto Penyamun Berjanji Hendak Membersihkan Malaysia dari Penyamun. Betulkan saya kalau saya silap :-
1. Kalau Pakatan menang PRU14, Tun M akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri. Bukankah ketika Tun M menjadi Perdana Menteri beliau terkenal dengan Dasar Anak Didahulukan, Kroni Diutamakan. Pernahkan Tun M jelaskan macamana anak-anaknya boleh jadi billionaire sekelip mata semasa zaman beliau menjadi PM. Tengok sahaja gambar rumah anak-anaknya yang ditularkan oleh netizen di media sosial. Ini belum lagi mengambil kira gambar kemewahan yang dipamirkan oleh cucu-cucunyq di instagram. Umum juga tahu kenapa Tun M beria sangat membelasah Dato’ Sri Najib bila satu persatu kroninya sudah tidak boleh cari makan apabila IPP mereka, syarikat perjudian mereka dan pelbagai projek milik kroni Mahathir dihentikan atau diagihkan semula kepada rakyat secara tender terbuka.
2. Kalau Tun M mati, Timbalannya Datin Sri Dr Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri, sementara menunggu suaminya menamatkan hukuman penjara dan tempoh edah 5 tahun atau sementara menunggu pengampunan diRaja. Bagi rakyat biasa yang melihat dari kacamata orang luar, sudah pasti beliau dikenali dengan watak lemah-lembut, mempunyai sifat keibuan yang tinggi dan sudah pasti ramai akan menyangka wanita ini bersih dari sebarang sifat negatif. Tidak perlulah saya ulas tentang hal lain, memadailah jika Wan Azizah boleh menjawab kenapa dia pecat saya dari Parti Keadilan bila saya mempertikai tentang dana USD 200,000 yang dia terima dari Joseph Estrada, Presiden Filipina ketika itu dan 5 juta ringgit dari Dato Soh Chee Wen tahun 1999 yang langsung tidak dimasukkan ke dalam akaun parti. Bila saya menegur penyelewengan beliau dan Ketua Pemuda Keadilan ketika itu, Ezam Md Nor, saya dipecat dari parti. Kalau saya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Setiausaha Pemuda Keadilan boleh ditendang sewenang-wenangnya walaupun saya menghabiskan hampir 1000 hari (2 kali ISA, 8 kali lokap) didalam penjara demi memperjuangkan pembebasan suaminya. Bayangkanlah apa yang dia boleh buat pada rakyat biasa yang akan menegur beliau jika beliau jadi Perdana Menteri?
3. Kalau Anwar pula yang jadi Perdana Menteri, mampukah beliau menjadi manusia yang hendak Membersihkan Malaysia dari Najis Rasuah ni? Beliau sendiri telah menghabiskan 6 tahun yang pertama dalam penjara atas kesalahan salah guna kuasa, macamana hendak harapkan Anwar melakukan pemberaihan? Bila berucap memang berdegar-degar. Hendak lakukan reformasilah, tender terbukalah, hendak laksana “Good Governance”lah, macam-macam gembangnya. Tapi brother, masa jadi TPM dulu kenapa tak buat? Kenapa tak mansuh AUKU, ISA dan Akta Mesin Cetak? Dah takde kuasa baru nak sembang pasal reformasi. Kalau nak sembang bab reformasi ni, Dato’ Sri Najib masa ada kuasa lagi dia dah bebaskan pelajar berpolitik, pinda AUKU, hapuskan ISA dan lepaskan cengkaman kuku besi keatas media yang sentiasa risau permit mereka tidak diperbaharui zaman kamu berkuasa bersama Tun Mahathir. Kalau nak sembang bab, “Good Governance” dan tender terbuka, rasanya Zaman Najib lebih menyerlah betapa sukarnya hendak dapat tender terbuka dan pelbagai plan Transformasi Kerajaan lain. Kalau nak harap Anwar, zaman dia jadi Menteri Kewangan, Projek bernilai 1 billion setiap satupun dia bagi kat 15 syarikat termasuk syarikat sahabat beliau, Lankhorst Pancabumi. Tidak payahlah dok sembang bab tender terbuka. Bekal lori sampah di Selangor lebih 14 juta pun guna sebut harga, belum kira kerajaan Pulau Pinang bagi direct nego projek terowong 6.8 billion kepada syarikat 2 Ringgit.
Kalau diselidik satu-persatu tokoh Pakatan Harapan, baik dari Azmin Ali dengan skandal pasir dan penjualan tanah, Lim Guan Eng dengan skandal banglownya dan pengondolan bukit, siapa lagi watak dalam Pakatan Harapan yang kalian mahu harapkan untuk Membersihkan Malaysia Dari Najis Rasuah? Takkan hendak lantik Hj Mohamad Sabu yang disogok oleh DAP dengan elaun bulanan sejak masih dalam PAS lagi?
Daripada memperjudikan nasib anak cucu kita ditangan mereka-mereka yang dipercayai lebih dasyat dari penyamun ni, lebih baiklah kita teruskan memberikan mandat kepada Barisan Nasional yang terang-terang telah mengangkat Badan Pencegah Rasuah yang sebelum ini duduk dibawah Jabatan Perdana Menteri, menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bebas dan jelas terbukti sangat proaktif dalam soal pembenterasan rasuah.
Kalau zaman Mahathir dan Anwar, hanya ikan bilis sahaja yang kita nampak dihadapkan kemuka pengadilan. Zaman Najib, bukan takat jerung, bekas Menteri Besarpun disumbatkan didalam penjara kerana rasuah dan salahguna kuasa. Lepas tu kalian nak kritik ke, hendak tegur ke, tegurlah melalui saluran media yang telah dibebaskan sejak zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan disuburkan lagi kebebasannya dizaman Najib.
#PakatanproDAP
#TolakPakatanPRU14
#bersamaBN
KALAU PAS MENGHASUT MAKA DAP 1000 KALI LEBIH MENGHASUT
Oleh: Dr. Kamarul Yusoff
Panas berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam yang menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu.
Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Datuk Seri Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.
Antara istilah yang Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).
Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.
Melihat kepada kronologi isu politik di Malaysia mutakhir ini, intipati sebenar tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini, pada hemat saya, adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang, mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.
Apa yang mahu ditunjukkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.
Ini di antara lainnya terangkum di dalam ayat Datuk Seri Abdul Hadi ini: “Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi, mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan)”.
Jika Lim Guan Eng menganggap perjuangan Islam PAS sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.
Matlamat PAS, iaitu “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”, adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara "Bumiputera" dan "bukan Bumiputera", pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.
Begitu juga dengan matlamat DAP untuk “memulihkan pilihan raya tempatan”, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sukar dibayangkan nasib Malaysia jika DAP memerintah bila sekarang pun Lim Guan Eng sudah berani sifatkan tindakan menyebut apa yang ulama Fiqh Politik Islam seperti Al-Mawardi katakan sebagai menghasut, merbahaya, ekstremis dan tidak berperlembagaan.
Apa Sahaja Yang Berkaitan Keperluan Hidup, Semua Mahu Berkira
Sudah menjadi tradisi, minggu terakhir cuti penggal persekolahan adalah masa untuk ibu bapa melengkapkan keperluan persekolahan anak masing-masing, terutama yang gemar memilih untuk melakukannya pada saat-saat akhir.
Cuti persekolahan di Malaysia memang ada tradisinya tersendiri. Majoriti memilih minggu pertama sebagai persediaan untuk bawa keluarga bercuti, minggu kedua dan ketiga masa untuk bercuti, minggu terakhir itulah masing-masing baru sibuk melengkapkan persiapan anak bersekolah.
Seakan sudah menjadi tradisi juga, setiap kali isu melengkapkan persekolahan anak-anak ini diperkatakan, pasti yang tidak terlepas ialah rungutan segelintir ibu bapa untuk membeli semua kelengkapan tersebut.
Menariknya, tiada siapa merungut ketika bercuti sakan.
Walaupun hakikatnya sejak zaman berzaman lagi, tidak ada pernah sekalipun yang kita jumpa dimana barang sekolah yang mengalami penurunan harga, ia tetap menjadi isu juga. Saban tahun, harga barangan pasti akan meningkat sesuai dengan zaman dan keadaan semasa. Ini adalah fakta sebab itu kita tidak melihat harga barangan persekolahan tahun 1990 dulu, masih boleh dibeli dengan harga itu pada zaman ini.
Tentang peranan kerajaan dalam membantu rakyat membuat persiapan di sekolah, sejak tahun 2012, semua yuran persekolahan telah di mansuhkan. Ini termasuklah yuran mengambil sebarang peperiksaan, yuran pra sekolah dan macam-macam yuran yang dahulunya cukup menekan kedua ibu bapa dan penjaga.
Awal sebelum itu, ketika Paklah menjadi Perdana Menteri, buku teks yang dulu hanya diberikan secara pinjaman kepada ibu bapa berpendapatan RM 1,200 ke bawah, sudah diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan lagi dah.
Malah, berbeza dengan zaman Mahathir dahulu, kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, memberi bantuan tunai RM 100 seorang kepada anak-anak yang pendapatan bulanan ibu bapa mereka di bawah RM 4,000. Yuran hapus, kerajaan bagi duit pulak lagi.
Yang kekal tidak berubah ialah yuran PIBG yang bukan wajib selain hanya dikenakan kepada seorang sahaja dari semua anak-anak yang belajar di sekolah yang sama. Yuran ini bagaimanapun diputuskan dalam mesyuarat PIBG dimana pihak sekolah dan ibu bapa turut terlibat. Mahal dan murahnya, terpulang kepada diri sendiri, tak berkaitan dengan kerajaan langsung.
Apa yang kelihatan sekarang ialah rakyat kita – taklah semua, sering berkira tentang barangan yang menjadi keperluan hidup. Bukan dalam soal barang persekolahan sahaja malah dalam semua hal-hal lain yang berkaitan pun seperti minyak, barang makan asas dan sebagainya.
Pada kelompok ini, bab keperluan hidup mereka sendiri kerajaan perlu sediakan atau campur tangan, bab seronok, itu tak nampak jadi masalah pulak.
Berhentilah berkhayal dan kembali berpijak di bumi yang nyata. Tidak ada kerajaan di dunia yang mampu menyediakan seperti apa yang kelompok ini harapkan. Masa berjimak tak pulak tanya kerajaan, bila dah ‘membiak’ dan semuanya nak kena dilengkapkan, masa itu kerajaan jadi bahan kecaman.
Sampai masa kelompok suka merungut ini mengubah tradisi. Minggu pertama cuti persekolahan sepatutnya digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, selepas itu barulah pergi bercuti. Ini bercuti dulu, lengkap hal sekolah kemudian, mana tak senak!!
Beruang Biru
BB718, Khamis
28 Disember 2017
Tanah TRX Tak Sama Dengan Tanah Di Johor Yang Mahathir Dah Gadai
Dakwaan pembangkang bahawa status tanah dalam lingkungan Tun Razak Exchange (TRX) sudah tergadai kepada negara asing adalah tidak benar dan tidak berasas kerana ia dibangunkan atas tanah milik penuh negara Malaysia yang berdaulat.
Hanya kerana banyak syarikat asing melabur di atas tanah tersebut tidak bermaksud ia sudah menjadi milik asing.
Jangan samakan tanah di kawasan itu dengan tanah yang telah digadai oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 24 November 1990 apabila memeterai perjanjian untuk membenarkan Singapura untuk mengambil alih tanah di Johor seluas 54,000 ekar (216 km persegi) untuk membina empangan di Sungai Linggiu seperti didedahkan penganalisis politik Lim Sian See baru-baru ini.
Dalam pendedahan itu, Singapura dikatakan hanya perlu bayar RM320 juta ganti rugi kerana permanent loss of use of the land, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi. Di bawah perjanjian ini, Singapura turut dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.
Kalau dibuat perbandingan antara 54,000 ekar yang diserah Mahathir kepada Singapura, dengan Menara Exchange yang dibina hasil pelaburan anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, kecil sangat bezanya. Tanah 54,000 ekar itu sudah jadi milik kekal asing sementara pemilikan tanah di TRX tempat Menara berkenaan dibina, langsung tidak berubah, masih milik kita.
Tuduhan Pakatan Harapan (PH) dan penyokong mereka konon tanah di TRX sudah dimiliki oleh pihak asing ini sebenarnya hanyalah bersifat politik semata-mata. Jika kita semua masih ingat, pada peringkat awal dahulu Pakatan juga yang menuduh tanah TRX gagal mendapat sambutan pelabur dan pembangunan yang dijalankan di atas tanah tersebut hanyalah khayalan semata-mata.
Sekarang bila terbukti pembangunan di atas tanah itu bukanlah khayalan tapi memang benar-benar berlaku termasuk pembinaan Menara yang mengatasi ketinggian Menara kebanggaan Mahathir - KLCC, Pakatan mengubah “pintu gol mereka” (shifting the goal post).
Jelas, semua dakwaan Pakatan bahawa kerajaan hari ini menggadai tanah kepada pihak asing seperti yang didakwa berlaku di TRX, hanya untuk mengalih perhatian rakyat daripada tindakan Mahathir menggadai beribu-ribu tanah Johor kepada Singapura tahun 1990 yang dulu.
Pakatan tahu lambat laun perkara ini akan terdedah dan mereka melakukan apa yang dikenali sebagai teknik pre-emptive strike dengan membuat pelbagai dakwaan tidak berasas seperti ini untuk mencipta persepsi salah di kalangan rakyat demi melindungi Mahathir. Tidak hairan kenapa kita lihat bukan sahaja tanah di TRX yang jadi sasaran tapi pembangunan di Forest City Johor, taman perindustrian di Kuantan dan sebagainya turutr menjadi mangsa.
Maklum sajalah, ‘bangkai’ yang nak ditutup ni bukan kecil, tapi 54,000 ekar luasnya
Apatah lagi penggadaian tanah di Johor ini turut melibatkan orang kanan Mahathir, Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu adalah Menteri Besar Johor. Muhyiddin sebelum ini mendakwa, sepanjang dia menjadi Menteri Besar, tidak ada seinci tanah Johor yang digadai kepada pihak asing.
Benar apa yang Muhyiddin cakap, bukan seinci cuma 54,000 ekar!!
Beruang Biru
BB717, Khamis
28 Disember 2017
Tarif Elektrik Kekal Sehingga 2020, 1MDB Buat Jasa Lagi
Berita kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik bermula tahun depan hingga 2020 adalah satu perkhabaran yang menggembirakan untuk rakyat Malaysia. Bagi pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, kadar sekarang iaitu 34.52 sen/kWj turut dikekalkan sehingga 30 Jun tahun depan.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, dipetik akhbar Utusan Malaysia. Keputusan dicapai pada Mesyuarat Kabinet, 13 Disember lepas.
“Secara keseluruhannya, kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya.
Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada Januari 2014.
Begitupun, disebalik beberapa faktor yang menyumbang kepada berita gembira ini, satu faktor yang tidak boleh ditepikan ialah peranan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Syarikat berkenaan yang kerap menjadi sasaran pembangkang untuk memburukkan kerajaan telah berjaya menamatkan penguasaan berat sebelah syarikat Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) yang dilaksanakan bermula pada zaman Mahathir.
Penguasaan berat sebelah bermaksud, syarikat (IPP) untung, rakyat rugi.
Dimana pada waktu itu, syarikat-syarikat tertentu sahaja diberi hak yang pada peringkat awalnya untuk menguruskan stesen janakuasa elektrik tambahan kepada stesen janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia ada, sebelum TNB di akhirnya terpaksa membayar dengan harga tinggi untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik tambahan.
Yang mendapat beban ialah rakyat. Jika tarif tidak dinaikkan sekalipun, kerajaan perlu membayar pampasan berbilion ringgit kepada syarikat IPP dan sekali lagi rakyat juga yang terpaksa menanggung bebannya kerana mengikut persepsi umum, “wang kerajaan adalah juga wang rakyat”.
Atas sebab itulah maka 1MDB ditubuhkan, antara lain untuk menamatkan semua perjanjian tidak masuk akal era Mahathir seperti perjanjian IPP ini,
Selepas 1MDB berjaya melakukannya dengan pelbagai pengambilalihan melalui Edra sejak 2013, dakwaan perjanjian berat sebelah IPP dan kaitan dengan kroni tidak lagi menjadi isu politik buat pertama kali sejak 1994.
Tetapi Pakatan beralih kepada menyerang 1MDB dengan dakwaan kononnya hutang 1MDB akan membebankan rakyat untuk jangka masa Panjang. Fakta bahawa 1MDB Berjaya melepaskan rakyat dari cengkaman tidak adil perjanjian IPP ini yang turut menjadi senjata politik mereka berpuluh tahun lamanya, dilupakan.
Hakikatnya, berlawanan dengan dakwaan Pakatan, 1MDB telah memudahkan hidup rakyat seperti dapat dilihat semalam bila kerajaan bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjung sebanyak 38.53 sen setiap kilowatt-sejam (kWj) untuk tempoh tiga tahun.
Perkara ini tidak mungkin dapat dilakukan kalau perjanjian berat sebelah IPP era Mahathir ini masih lagi berkuatkuasa.
Keputusan semalam sebenarnya selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lepas dimana Perdana Menteri menjelaskan bahawa dana dari 1MDB akan digunakan untuk menyelesaikan isu daripada perjanjian kuasa berat sebelah yang sebenarnya merugikan rakyat.
“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang.
Itupun belum tentu lagi tarif akan naik selepas akhir tahun 2020 kerana ada lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi perubahan tarif seperti harga minyak dunia, arang batu dan sebagainya yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
Di akhirnya, lebih banyak pembangkang memfitnah dan memburukkan 1MDB serta Najib, lebih banyak peluang dan kebaikan dari kerajaan ditunjukkan kepada rakyat supaya rakyat boleh membezakan antara batil dan kebenaran dalam pentadbiran Najib serta Barisan Nasional (BN).
Idea dari Najib untuk berbuat baik kepada rakyat melalui 1MDB akhirnya terbukti apabila kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik yang ada untuk kepentingan rakyat. Kita tunggu Pakatan keluar kenyataan untuk menafikan perkara ini – itupun kalau boleh.
Beruang Biru
BB715, Rabu
27 Disember 2017
1MDB Sudah Tiada Isu, Apa Yang Perlu Dialihkan?
Dakwa PPBM, isu tanah Felda di Jalan Semarak ini sengaja ditimbulkan pemerintah untuk mengalih perhatian rakyat dari perkara berkaitan 1MDB. Persoalannya, apa keperluan kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat bila 1MDB tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh dipolemikan lagi?
Pelbagai siasatan yang dijalankan di dalam dan luar negara menunjukkan, tiada sebarang kes yang boleh dikaitkan dengan 1MDB. Buktinya, sehingga sekarang, satu pendakwaan di Mahkamah pun tidak dikenakan terhadap syarikat tersebut
Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menunaikan janjinya dengan membenarkan siasatan dijalankan sedalam-dalamnya ke atas 1MDB termasuk oleh pembangkang sendiri melalui wakil mereka dalam PAC.
Isu 1MDB ini sebetulnya sudah selesai dan semua dakwaan pernah dibangkitkan oleh Mahathir telah dibuktikan sebagai tidak benar. Salah satu bukti kemajuan ialah 1MDB bakal selesaikan bayaran kedua sebanyak AS$602 juta termasuk faedah kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada atau sebelum tarikh akhir 31 Disember.
Kalau pun ada ‘skandal’ yang terdedah dalam isu ini, ia adalah melibatkan IPIC, melalui arahan agar 1MDB membayar caj perkhidmatan oleh syarikat itu, kepada Abrar Pjs Investment – syarikat yang sebenarnya tidak wujud. Ini bukan masalah 1MDB kerana 1MDB hanya membayar kepada siapa yang diarahkan IPIC untuk perkhidmatan yang telah diberikan.
Tentang kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat, Jefferson Session berkenaan 1MDB yang dijadikan senjata oleh Pakatan, sebetulnya beliau hanya mengulas laporan yang diterima DoJ berkaitan perkara tersebut dalam forum yang membincangkan tentang penggubahan wang haram – tuduhan yang Mahathir cuba kaitkan ke atas 1MDB melalui laporan yang dibuat oleh pengikutnya sendiri.
Ini tidaklah membuktikan apa-apa kerana walaupun di Amerika Syarikat, masih Mahkamah yang akan membuat keputusan wujud sebarang kesalahan atau tidak, bukan pejabat Peguam Negara.
Tak hairanlah kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang pendakwaan terhadap 1MDB mahupun sesen harta yang telah dirampas dari syarikat tersebut, dilakukan di Amerika Syarikat atau mana-mana satu dari 7 negara asing dimana laporan mengenai 1MDB dibuat.
Memetik kata Jeff Session sendiri, harta yang dirampas akan dipulangkan kembali kepada negara asal, jika ada, berapa nilai wang yang sudah rakyat kita terima dari kes berkenaan? Tidak ada.
DoJ sendiri perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul bersabit tindakan mereka yang mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1MDB.
Justeru apa keperluan kerajaan menggunakan isu tanah Felda di Jalan Semarak untuk mengalihkan perhatian rakyat dari 1MDB?
Sebetulnya, Pakatan, terutama PPBM, sudah nampak isu tanah Felda di Jalan Semarak ini tidak mampu menggugat kerajaan. Semua orang tahu sekarang bahawa dalam isu berkenaan, Felda yang ditipu syarikat yang diberi kuasa memajukan tanah tersebut, bukan kerajaan menipu Felda atau Felda menipu peneroka atau Felda menipu Felda.
Diakhirnya, tindakan pihak pembangkang mahu memburukkan nama baik Perdana Menteri melalui 1MDB bukan sahaja tidak menjadi malah terbukti gagal. Jadi, tidak mustahil dalam beberapa hari ini pembangkang akan mencari dan menggunakan isu baharu pula.
Sebab pembangkang tidak akan mampu hidup sekiranya tiada isu untuk mereka pergunakan bagi memperbodoh rakyat di Malaysia. Namun dalam masa yang sama mereka sudah semakin tumpul dan muflis. Semua propaganda dan serangan mereka telah berjaya dipatahkan oleh pasukan kerajaan.
Jika rakyat terus percaya kepada pembangkang, nescaya negara kita akan hancur dan dikuasai oleh mereka yang diktator, kronisme dan sekularisme.
Tulisan :
Beruang Biru
BB713, Selasa
26 Disember 2017
Kem Tentera dan Pilihanraya: Kebenaran atau Salah Tanggapan
Baru-baru ini pasukan DAP Recon mendakwa mereka telah mendapati wujudnya percubaan oleh Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin untuk membina kem tentera darat di kawasan pilihanraya, Sembrong, Johor sebagai usaha mendapatkan sokongan di kawasan tersebut bagi memastikan kemenangan di dalam pilihanraya akan datang.
Apa yang didakwa sebagai pendedahan tersebut muncul tidak lama selepas mereka mengatakan wujudnya anggota tentera yang telah mendaftar sebagai pemilih bagi pilihanraya sedangkan kem tentera tersebut masih lagi di dalam pembinaan.
DAP (juga Pakatan Harapan) mewar-warkan dengan mendakwa selama ini anggota tentera telah dipaksa untuk mengundi pihak kerajaan yang sekarang ini sejak sekian lama. Walaupun dengan sindiran dan samaran oleh mereka yang mendedahkan perkara ini, sehingga kini tiada satu pun tuduhan tersebut didapati benar.
Mengapa Kem Tentera Baru Diperlukan?
Kem tentera baru dibina atas pelbagai sebab. Mari kita lihat mengapa kem tentera baru diperlukan.
Dengan kemajuan pemodenan di negara kita ini, banyak kem tentera perlukan penambahbaikan. Banyak kem tentera sebelum ini masih lagi mempunyai bangunan kayu, dan kebanyakan di dalam keadaan yang daif.
Bila Perlu Dibaiki dan Bila Perlu ditutup.
Sebab-sebab berikut adalah menjadi perkiraan untuk memutuskan sama ada perlu dibaiki atau ditutup terus kem tentera yang lama.
Nilai Strategik Kem
Jika kem tentera masih lagi mempunyai nilai strategik, maka kem tersebut akan diperbaiki. Bangunan kayu akan dirobohkan dan digantikan dengan binaan konkrit. Dalam masa tersebut, kem akan dikosongkan dan anggotanya akan ditempatkan ke lain-lain kem untuk sementara waktu.
Sebagai contoh, kem tentera seperti Kem Wardieburn masih dikekalkan, sementara Pangkalan Udara Sungai Besi yang strategik sebelumnya tetapi kini diancam dengan pembangunan di sekelilingnya menyebabkannya terpaksa ditutup dan tanahnya diserahkan kepada pihak kerajaan.
Kos Operasi
Perkiraan sebenar ialah keupayaan untuk mengoperasikan dua atau kem tentera yang sama fungsinya di dalam satu kawasan yang berhampiran. Jika satu kem berdekatan boleh menyokong keselamatan di kawasan tersebut, maka untuk mempunyai satu lagi kem tentera di kawasan yang sama sudah tentu tidak memadai lagi.
Inilah salah sebabnya mengapa Pangkalan Udara Sungai Besi yang terletak di satu kawasan yang berdekatan dengan Pangkalan Udara Subang diputuskan untuk ditutup. Tambahan pula Pangkalan Udara Subang telah dipertanggungjawabkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pusat bantuan kemanusiaan di Asia Tenggara.
Ancaman oleh Pembangunan
Oleh kerana kem tentera memberikan jaminan keselamatan suatu masa dahulu, maka tanah-tanah di kawasan berhampiran dengan kem telah dibangunkan. Ironinya pula, kesan pembangunan di sekitar kawasan kem telah menceroboh zon penampan keselamatan sekeliling kem dan menjadi ancaman kepada kedudukan kem.
Zon penampan seharusnya menjadi bebas dari kegiatan pembangunan demi keselamatan kem kini telah dibangunkan sama ada secara sah atau haram dengan jumlah penempatan penduduk di sekitarnya. Zon penampan tersebut seharusnya menjadi kawasan untuk memusnahkan musuh jika diserang. Malahan zon tersebut juga sebagai kawalan keselamatan ketenteraan bagi mengekang aktiviti pemantauan oleh pihak musuh.
Pencerobohan oleh pembangunan juga menjadi penyebab yang telah membolehkan pihak penganas komunis menghampiri Pangkalan Udara Sungai Besi dan melancarkan serangan mortar menyebabkan beberapa kapalterbang kargo Caribou mengalami kerosakan. Begitu juga dengan Kem Majidee telah dipindahkan kerana dikelilingi oleh kawasan perumahan membolehkannya menjadi pemantauan pihak asing.
Sebab itu, kem-kem yang baru biasanya dibina di kawasan luar bandar yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.
Kem Memudahkan Kemenangan kepada Kerajaan yang Memerintah
Kini kita mempunyai gambaran mengapa kem ditutup dan dipindahkan ke tempat lain. Mari kita lihat pula tuduhan bahawa kem tentera yang baru yang dibina di Sembrong sebagai usaha untuk meraih sokongan kepada DS Hishamuddin.
Jika ada kem tentera atau kem polis dalam kawasan pilihanraya bermakna kemenangan sudah pasti di dalam tangan pihak pemerintah, jika itu benar, sudah tentu setiap kawasan parlimen akan dimenangi oleh BN semasa pilihanraya umum 13 lalu.
Mari kita lihat 9 buah kem tentera yang utama di negara ini. Kem-kem ini dipilih berdasarkan kepada saiznya yang besar dan anggota tentera yang ramai dengan ahli keluarga mereka menjadikan jumlah pengundi yang besar.
Kem Tentera Kerusi Parlimen Ahli Parlimen Parti
Wardieburn, Setapak Wangsa Maju Tan Kee Keong PKR
Sungai Besi Bandar Tun Razak Abdul Khalid Ibrahim PKR
Batu Kentomen Batu Tian Chua PKR
Pangkalan Tentera Laut Lumut Lumut Mohd Imran Abdul Hamid PKR
Kamunting Taiping Nga Kor Ming DAP
Jalan Oya Sibu Oscar Ling DAP
Baru Uban Bayan Baru Sim Tze Tzin DAP
Penrissen Kota Samarahan Rubiah Wang BN
Sri Pakit, Sri Aman Sri Pakit Masir Kujat BN
Sebab lain ialah kerusi-kerusi parlimen ke atas kem-kem tersebut boleh dikenalpasti dengan mudah.
Dari 9 buah kem tersebut, 7 buah terletak di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, hanya 2 sahaja yang dimenangi oleh BN.
Apa Maksudnya?
Ia memberi dua makna. Pertama ialah kem-kem tersebut tidak menjanjikan kemenangan kepada kerajaan yang memerintah di kawasan tersebut.
Kedua, ia bermakna anggota tentera mempunyai kebebasan penuh untuk mengundi siapa yang mereka suka. Jika inilah sebabnya, tidak hairan mengapa ramai bekas anggota tentera memilih pihak pembangkang selepas mereka bersara dari perkhidmatan?
Berdasarkan kepada keterangan di atas, kita boleh berkata perkara ini merupakan tanggapan yang salah dengan mengatakan pembinaan kem tentera baru di Sembrong sebagai usaha oleh Menteri Pertahanan meraih sokongan untuk beliau.
Tiada Kem Baru di Kawasan BN dan PH
Sebagaimana diterangkan sebelum ini, DAP menyatakan pembukaan kem tentera yang baru dengan dakwaan sebagai cubaan untuk memindahkan lebih ramai pengundi di kawasan tersebut.
Jika begitu, maka pembukaan kem tentera di kawasan pilihanraya pembangkang juga tidak patut dibenarkan dan tindakan yang sama dengan kawasan pilihanraya pihak kerajaan juga tidak dibenarkan, di mana pula kita hendak membina kem tentera yang baru?
Atau mereka ini lebih suka bendera yang lain berkibar selain Jalur Gemilang di tiang bendera.
Boom or bust?
The question is not whether the economy is good or bad, but with what attitude we see our economy
By TAY TIAN YAN
Sin Chew Daily
INTO THE FINAL month of the year, all the people around me have suddenly vanished: fewer colleagues showing up at work and badminton buddies are nowhere in sight.
They’ve all gone overseas!
Many of my friends and relatives have major annual trips each year to exotic places at far ends of this planet, like Europe, America, the Northern Lights in Iceland or Machu Picchu, not to mention quarterly short-haul trips to regional destinations, China, Australia or Japan.
Malaysian Chinese are among the most seasoned travelers around, probably second only to Singaporeans and Hong Kongers.
Many may argue that Westerners travel a lot, but let me tell you they fall far behind us.
Statistics show that only about a third of Americans hold valid international passports. In other words, almost two-thirds of Americans have never set their feet on foreign lands, and for those who have, Canada and Mexico are perhaps their only oversea destinations.
It is therefore natural that many Americans have not heard of Malaysia. Since they don’t travel overseas, their lack of geographical knowledge is easily understandable.
I have no idea whether Malaysians’ passion for traveling has anything to do with our culture or genetic make-up. But one thing for sure, it has something to do with money!
You can’t travel without money. Can you?
Of course, some may argue that traveling is very much in the blood of many, with or without money. This I can understand, especially for our youngsters.
The question is, you’ve got to address your fundamental needs first before you have the extra cash for air tickets, accommodation and a taste of exotic culture.
Our generous travel-related spending doesn’t seem to match our endless complaints of skyrocketing fuel and goods prices.
When the petrol price surged by seven cents last month, a friend started to hurl curses as if these seven cents had made his life all the more miserable. The thing is, he had just booked a Greece & Turkey tour for his whole family, and the RM10k bill appeared to be peanuts to him.
Some politicians swore that the Malaysian economy would go bust, and many opted to believe without recognizing the reality of the country’s 6.2% Q3 GDP expansion, 7.2% private consumption growth and foreign reserves enough to support 7.5 months of imports.
Many have overinterpreted the withdrawal of a Hong Kong dim sum shop and a Korean cosmetic company from the Malaysian market, claiming that doom is around the corner, without seeing new shops springing up like mushrooms after the rain.
ECONOMY IS A scientific and professional field that must never be distorted by an individual’s personal feelings or liking
Sure enough there are still poor people in this country, and problems still abound in our economy. We need time to overcome these problems. In the meantime, there are undeniably many who are doing really very well.
I’m neither an optimist nor a naysayer, but to get an accurate picture of the country’s state of economy, we need to first deliver ourselves out of our partisan prejudices. We must look at this more impartially and professionally.
We need to look at the numbers and mid- to long-term prospects to judge whether the national economy is doing okay. Many have simply been blinded by the superficial picture that catches their eyes and have neglected the actual aspects of the economy.
We always grumble that we never earn enough to make ends meet. This problem is not new, and has been in existence for thousands of years, right since money first came into being.
We don’t have enough money because our expectations from life have been rising.
We are no longer contented with a modest cup of RM1.30 Hainanese coffee but a RM13 gourmet brew. We don’t go for neighborhood food stall for dinner any more, but posh seafood restaurant. The year-end family trip is not to Cameron Highlands but snowy Hokkaido, and our first car is not a Proton but a Honda.
The more we expect from life, the more cash we would need to get ourselves satisfied. This, nevertheless, is not a bad thing but a positive force to move the human race forward.
Another important point: As our society keeps changing, so does our economy.
Some of our malls are empty, not because the economy is bad but because we simply have too many malls around, not to mention online shopping popular among the young that makes physical shops almost redundant at times.
Some businesses are not doing well not because consumption is weak, but because of a shift in consumerism pattern. Some of the shops are still operating in the old-fashioned ways of the last century, rarely appealing to our fashion-conscious millennials today.
Many furniture manufacturers grumble about poor business, but on the opening day of Ikea Tebrau, shoppers queued up outside for hours before daybreak just to get into the massive furniture mall. They did this willingly because they wanted something fashionable, of superior quality and returnable.
Some say the automobile industry is depressed, but Perodua’s new Myvi is selling over 20,000 units in the first month.
The question is not whether the economy is good or bad, but with what attitude we see our economy, what kind of life we are looking for, and whether we are resolved enough to create more wealth and opportunities for ourselves.
It's only fair to share...
Rakyat Malaysia Bersolidariti Bantah
Baitulmaqdis Jadi Ibu Negara Israel
Semalam di United Nation, 128 negara menolak cadangan Trump untuk jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel. Hanya 9 negara yang sokong cadangan Trump itu. 35 negara lagi berkecuali.
Malaysia antara yang paling awal dan konsisten dalam memperjuangkan isu ini. Keberanian Datuk Seri Najib dalam memperjuangkan isu Palestin ini tidak perlu dipersoal lagi oleh pembangkang. Datuk Seri Najib adalah sesatunya Perdana Menteri Malaysia yang memijak kaki ke bumi Palestin.
Hari ini suara rakyat Malaysia bergema menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Hari ini juga menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi ketegasan pendirian Malaysia yang akan terus teguh dan konsisten menolak keputusan AS itu sampai bila-bila.
Bukan itu sahaja, suara menerusi Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang diadakan di Putrajaya ini menyaksikan bagaimana UMNO sedia sepentas dengan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain atas nama Islam, demi mempertahankan Palestin daripada penindasan oleh rejim Zionis.
Malah bagi Najib sendiri, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan kenalan baiknya namun prinsip pertama maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam adalah jauh lebih penting.
``Kita ada maruah kita, sedikit sebanyak kita ada kekuatan kita. Apatah lagi kalau umat Islam di negara ini bersatu padu,'' demikian kata Perdana Menteri.
Ia sekali gus menolak sindiran dan tuduhan pembangkang bahawa beliau tidak berani bertindak disebabkan hubungan baiknya dengan Trump.
Orang yang menulis di blog mengecam Najib itu hadir juga di masjid Putrajaya. Namun ketika himpunan diadakan, Mahathir hilang entah ke mana. Ambil gambar, kemudian bagi Malaysiakini buat "story" dan terus hilang. Barangkali takut sepentas dengan pemimpin Islam lain. Takut kena marah dengan DAP barangkali.
Ternyata apa yang dinyatakan oleh Najib telah membuktikan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada prinsip membawa suara Malaysia yang menentang pengiktirafan Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Najib turut menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah mesej yang jelas dan tegas kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Trump itu.
Ironinya ketika Malaysia mengadakan himpunan solidariti ini, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula telah memberikan tamparan hebat kepada langkah Amerika Syarikat.
Dalam pengundian pada sidang tergempar Perhimpunan Agung PBB, 128 buah negara mengundi menyokong resolusi PBB menentang langkah AS itu manakala hanya sembilan menolaknya termasuk Israel dan AS. 35 buah negara lain berkecuali.
Sesi mesyuarat tergempar itu diadakan bagi membincangkan status Baitulmaqdis selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya terhadap gesaan awal yang digubal oleh Mesir agar Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Susulan kepada keputusan PBB itu, Trump mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi PBB berhubung isu Baitulmaqdis tersebut.
Namun seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.
Malah Malaysia juga katanya bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.
Justeru, kepada pembangkang yang sering menipu rakyat dengan menyatakan Perdana Menteri dan kerajaan tunduk kepada Amerika Syarikat, sila betulkan kenyataan anda. Sebaliknya pembangkang yang mengharapkan sokongan AS dalam banyak perkara termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan usaha pembebasan Anwar Ibrahim.
Jangan lupa akan fakta berkenaan. Siapa yang mengharapkan sokongan siapa sekarang? Najib sudah buktikan beliau berpendirian tegas, bagaimana pula dengan pembangkang?
Hendak duduk sama sepentas dengan NGO Islam pun takut. Parti Melayu dalam pembangkang lebih takut pada DAP. Mereka hendak duduk atas pentas pun kena tanya DAP dulu. Sampai begitu sekali mereka takut pada DAP.
Tulisan :
Beruang Biru
BB712, Jumaat
22 Disember 2017