nikakim.biz

Berita

UMNO-Pas Solidariti Untuk Palestin, DAP-Pakatan Harapan Solidariti Gulingkan Kerajaan
Hari ini, sejarah bakal tercipta lagi. Satu lagi kerjasama erat demi Islam terjalin antara UMNO dan Pas melalui Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang diadakan pada pukul 3 petang di Masjid Putra, Putrajaya.
Ia bagi membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf bandar suci umat Islam itu sebagai ibu negara, Israel. Selain itu, tindakan Presiden AS Donald Trump turut membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila mengumumkan AS akan memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis sebagai simbol pengiktirafan itu.
Rentetan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan lantang menyuarakan kemarahan rakyat Malaysia di atas pengiktifaran berkenaan.
Malah ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, beliau yang juga Presiden UMNO telah mengulangi untuk menentang pengiktirafan AS berkenaan yang sama sekali merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan penganiayaan kepada penduduk Palestin.
Dari situ, tercetuslah himpunan ini yang akan turut menghimpunkan parti PAS. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut serta dalam perhimpunan ini meskipun berbeza ideologi politik.
Sama seperti perhimpunan solidariti Rohingya yang diadakan kira-kira setahun lalu di Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur, ia menunjukkan penyatuan dua parti iaitu UMNO dan PAS demi Islam.
Ia amat berbeza sama sekali sewaktu Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dulu. Boleh dikatakan beliau asyik hendak bergaduh dan bermusuh sahaja dengan semua orang. Bukan sahaja dalam UMNO, dengan pemimpin PAS juga, yang seagama pun beliau bergaduh.
Mahathir tidak bergaduh dengan kroni-kroninya sahaja yang sudah jadi bilionaire di negara ini semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Hari ini, Mahathir memperjuangkan kroni dan anaknya sendiri. Mahathir bergaduh lagi dengan ahli UMNO hingga tubuh parti baru dan berpakat dengan parti yang sudah dikenali sebagai musuh Islam iaitu DAP, untuk menggulingkan Perdana Menteri.
DAP pula pernah didakwa menerima dana RM1.2 bilion dari Israel. Dakwaan itu dibuat sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman. DAP menyatakan mahu saman Mohamad Razali, namun setahun sudah berlalu, tiada saman difailkan pun terhadap tuduhan berkenaan.
Dulu Mahathir ajak rakyat bersama-sama tolak DAP dan menyokong Barisan Nasional (BN) supaya beliau terus kekal jadi Perdana Menteri. Selepas bersara letak jawatan, Mahathir sanggup mewujudkan ikatan solidariti dengan DAP dan beberapa parti serpihan yang dulu menentang prinsipnya sama-sama untuk menjatuhkan Najib.
Malah bukan rahsia kerana semua orang tahu objektif utama Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah untuk menyingkirkan Najib, menerusi agenda kononnya selamatkan Malaysia, tetapi rancangan itu tidak berjaya.
Malah Deklarasi Rakyat-Selamatkan Malaysia, yang kononnya ditandatangani kira-kira 1.2 juta rupa-rupanya mengandungi unsur-unsur penipuan.
Ia selepas seorang pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman, mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Mahathir dan pembangkang.
Azharuddin turut mendakwa kesemua 1.2 juta tandatangan tersebut adalah palsu dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, Mahathir juga sanggup bersama dengan Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel itu ketika beliau ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) pada 2012.
Meskipun kemudiannya dinafikan Anwar, namun beliau juga tidak menyaman WSJ atas laporan berkenaan.
Berbeza dengan Najib, beliau sanggup mengetepikan perbezaan politik dan sanggup sepentas dengan PAS kerana Islam dan bagi membela nasib penduduk Palestin akibat kekejaman rejim zionis. Seharusnya umat Islam membuka mata dan melihat perbezaan zaman pentadbiran Najib dan Mahathir.
Banyak yang berbeza sebenarnya.
Tulisan :
Beruang Biru
BB710, Jumaat
22 Disember 2017
Arab Saudi & Mesir Pun Mahu Tiru Model BR1M
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diperkenalkan pada 2012 dengan matlamat utama adalah untuk mengembangkan ekonomi tempatan selain membantu golongan berpendapatan rendah.
Disebabkan keberkesanan BRIM yang dilaksanakan itu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat pujian daripada pada pakar ekonomi termasuk dari luar negara.
Buktinya pada Ogos 2016, 35 pakar ekonomi United Kingdom (UK) mengakui BR1M merupakan kaedah terbaik membantu mengembangkan ekonomi.
Pakar-pakar ini bukan calang-calang orang, mereka termasuklah Andrew Watt dari Macroeconomic Policy Institute, Guy Standing (Universiti London), Josh Ryan-Collins (New Economics Foundation), Iqbal Asaria (Cass Business School), Nigel Dodd (London School of Economics), Ellen Brown (Public Banking Institute), Biagio Bossone (pengerusi Group of Lecce), Matthias Kroll (World Futures Council) dan Laurence Seidman dari University of Delaware.
Pujian itu diberikan disaat pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan BR1M sebagai dedak dan kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kerajaan.
Mahathir bagaimanapun menukar rentak serangan dan kemudiannya memberikan bayangan akan meneruskan BR1M jika PH memerintah.
Kini BR1M yang terhasil dari idea Perdana Menteri, turut menjadi ikutan negara luar dan terbaru, dua kuasa benar benua Arab, Mesir serta Arab Saudi dilaporkan berminat dan mahu mencontohi kaedah yang dipelopori oleh Najib itu.
Ia didedahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, bahawa Arab Saudi mahu meniru model BR1M yang dilaksanakan Malaysia dan beliau juga difahamkan Mesir pula sedang mengkaji secara serius untuk melaksanakan bentuk bantuan ini kepada rakyatnya.
Justeru apabila dua negara Islam ini turut berminat dengan BR1M, maka dalam hal ini, tiada lagi istilah memberi dedak seperti yang dituduh oleh Mahathir dan Pakatan Harapan.
Negara-negara berkenaan bukannya bodoh sebaliknya mereka sudah mengkaji bagaimana pemberian wang tunai secara terus kepada isi rumah akan menjadi cara yang lebih baik untuk meningkatkan ekonomi lesu dan menjadi satu kaedah paling efektif.
Bukan sahaja Arab Saudi dan Mesir, malah negara jiran kita, Thailand juga telah melaksanakannya. Pada Disember tahun lepas, kerajaan Thailand mengumumkan imbuhan wang tunai kepada kumpulan sasaran di negara itu yang menyerupai BR1M di Malaysia.
Di Thailand, pemberian wang tunai yang terus dikreditkan ke bank penerima dengan seramai 8.27 juta rakyat Thailand memohon untuk skim tersebut.
Melihat kepada fakta-fakta ini, adalah jelas menunjukkan langkah yang diambil oleh Najib untuk memperkenalkan model ekonomi ini telah membawa Malaysia ke landasan yang tepat sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju.
Ia berbeza dengan pembangkang yang sering memburukkan langkah yang diambil oleh kerajaan tetapi mereka tidak pernah memberikan cadangan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi. Sebagai contoh cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Pembangkang sering memburukkan GST, tetapi mereka tidak pula mencadangkan cukai baru bagi menggantikan GST untuk memungut hasil bagi tujuan membangunkan ekonomi. Hakikatnya pembangkang hanya pandai bercakap, tetapi tidak pernah mencari penyelesaian.
Pengajarannya, jangan percaya kepada pembangkang kerana mereka umpama lidah bercabang. Hari ini mereka membangkang apa yang dilakukan kerajaan, esoknya mereka akan menyokong dan meniru langkah yang diambil kerajaan itu.
Tulisan :
Beruang Biru
BB710, Jumaat
22 Disember 2017
Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-
1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.
2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.
3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.
.
► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)
Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-
Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.
Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.
Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.
Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.
► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)
Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.
Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-
1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.
Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).
► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)
Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.
Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.
Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.
Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.
Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
.
"Ya Rabbku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa." (Al-Quran, Ali Imran: 38).
******
Sumber: FP Alhabib Quraisy Baharun
------
http://sharefaedah.blogspot.co.id/…/kenapa-harus-berlemah-l…
Rafie Ramli Azliana Yana Faderra Nadea Ed Fattah Noor Hidayah Akhir
Perbandingan Instrumen Pelaburan
Sebelum melabur, kita perlu faham tentang pelaburan apa yang kita sertai.
1). Simpanan Biasa
¥+++++++++++++¥
=+> kumpulan wang yang memberikan kadar keuntungan yang kecil sama ada dua kali setahun atau setiap bulan.
Kebaikan
=+> Tahap kecairan yang sangat tinggi
=+> Risiko hampir tiada (no risk)
Kelemahan
=+> keuntungan tidak dapat mengatasi kadar inflasi
=+> mudah habis atau mudah susut kerana dorongan kuasa beli yang tinggi atau digunakan semasa kesuntukan kewangan
2). Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
¥+++++++++++++++++++++++++¥
=+> Pelaburan yang menjamin kadar pulangan tetap pada tarikh matang.
Kebaikan
=+> pulangan dijamin
=+> risiko hampir tiada
Kelemahan
=+> pulangan tidak dapat mengatasi kadar inflasi pada pasaran kewangan semasa
=+> tidak dapat pulangan yang maksima jika dikeluarkan atau ditebus sebelum tarikh matang
3). Pasaran Saham
¥+++++++++++++¥
=+> Pelaburan dalam saham-saham syarikat di Bursa Malaysia
Kebaikan
=+> Pulangan yang tinggi dalam jangka masa pendek
Kelemahan
=+> risiko yang tinggi
=+> pelabur berisiko berakhir dengan hutang (jika menggunakan share margin financing)
=+> modal besar diperlukan
=+> perlu pengetahuan teknikal, pengalaman dan masa yang betul
4). Unit Amanah (Unit Trust)
¥++++++++++++++++++++¥
=+> pelaburan yang menggabungkan modal (dari pelabur individu & korporat) dengan menggunakan kepakaran (pasukan pengurus dana) dengan pemantau pemegang amanah.
Kebaikan
=+> risiko diagihkan secara terkawal
=+> mudah cair
=+> diuruskan secara profesional
=+> modal permulaan yang rendah
Kelemahan
=+> tertakluk kepada risiko seperti risiko pasaran saham, risiko jenis industri syarikat, risiko kecairan, risiko kadar faedah, risiko pengurus, risiko matawang dan lain-lain.
5). Pasaran Bon (Debenture)
¥++++++++++++++++++++¥
=+> Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yang mempunyai aset syarikat sebagai cagaran
Kebaikan
=+> risiko lebih rendah berbanding saham
=+> prestasi dapat ditingkatkan selarad dengan prestasi syarikat
=+> kadar keuntungan tetap
Kelemahan
=+> Tidak mudah dicairkan
=+> tidak mudah diniagakan dalam pasaran kewangan
=+> Perlu ditunaikan bila waktu matang
6). Pelaburan Hartanah
¥+++++++++++++++++¥
=+> pelaburan dalam hartanah (tanah, rumah, bangunan kedai, projek perumahan)
=+> konsepnya beli pada harga rendah kemudian jual pada harga tinggi selari dengan kenaikan harga pasaran.
Kebaikan
=+> Tanah adalah aset terhad dan rumah adalah keperluan asas
=+> dapat memberi pulangan yang tinggi sama ada pulangan semasa jualan atau pendapatan bulanan dari hasil sewaan
Kelemahan
=+> memerlukan modal permulaan yang tinggi
=+> kebiasaan kebergantungan kepada pinjaman yang tinggi
=+> apabila pasaran kurang baik atau pilihan lokasi yang kurang sesuai, harga hartanah mengambil masa yang lama untuk pulih atau kadar kenaikan harga rumah yang perlahan.
Lebih jelas dengan instrumen pelaburan pilihan anda?
Semoga bermanfaat,
Tq for sharing adik bongsu FP
Kewangan dan Hartanah FP
Sayang sokmo
#AsYusoff
Amerika Menurut Said Qutb.
Al-Marhum Said Qutb, nama yang tidak asing dalam dunia Harakah Islamiyyah. Syahid di tali gantung pada 1966.
⚫ Program Amerika.
...Continue ReadingSee Translation
Khadam kata kaki ponteng parlimen makan pitih haram.
RAMAI KAKI PONTENG RUPANYA
Riuh Dewan Rakyat semalam gara-gara kekalahan blok Pakatan Harapan ( PH ) dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam kepada blok Kerajaan BN sebanyak 51 – 52 undi, dengan 2 MP PAS mengundi berkecuali. Di sebabkan kekalahan itu, PH menuding jari kepada 2 MP PAS yang mengundi berkecuali iaitu YB Ustaz Idris Ahmad & YB Siti Zailah Mohd. Yusoff yang ...
Continue ReadingSee Translation
Tajamkan pemerhatian anda.
Sejak tersebar video Raj's Banana Leaf, harga saham menjunam secara mendadak. Bila sah di sita, kedai kena tutup, terus melonjak semula pasaran saham.
So, masalah ekonomi ni semua salah kedai mamak tu. Korg jgn gaduh2 pasal politik dah ya.
Cc: Muizzuddin Muiz. Bijak kan kajian saya? ?
See Translation
Kes suntikan vitamin C dan segala produk pemutih:
Ketahuilah ciptaan tuhan tu dah memang cantik. Korg menggila nak putih konon mcm "mat saleh". Tapi korg tau tak diorg tu teramat suka dgn org yg kulit mcm kita. Duk bersidai tgh panas, masuk Bodyheat Tanning session dan mcm2 lagi sbb nak bg kulit tu gelap.
Kau?? Makan mcm2 bahan kimia dan ada yg sanggup ambil injection vit c yg sendiri dah tau ada side effect macam2. Tapi bila nasihat, ayat glory dia "Beauty is pain". Tengkorak. Pain kau tu nnt yg menyusahkan org.
Miss World pun biasanya yg kulit gelap yg menang.
#donemembebel
See Translation
"Skrg bisnes sy bla..bla..bla.. Rs down sgt. Cmne ek nk bangun balik?"
Jawapan: Kenapa tuan MESTI bangun balik? Untuk apa?? Selagi soalan ini tak boleh jawab, memang susah la nak bangun balik. Titik.
#BigWhy
#GSLEF
"Kita mahu menggunakan FB, bukan FB yang MEMPERGUNAKAN kita. Daripada sedekah banyak-banyak kat MatZuki tapi akhirnya ke laut, lebih baik sedekah banyak-banyak kat tabung Masjid." ~Tuan Najib Asaddok.
#roketemail