nikakim.biz

Arkib 08/2018

Harap-harap PRU-14 dapat diadakan sebelum raya.... Kalau boleh di bulan puasa ni saya tak nak bukak facebook dah, tutup buku terus.
Saya bukak fb untuk mengcara hal politik je.... Dan politik saya nak tengok BN kalah, itu je.
Kalau PH menang kemudian wat bronar, kita lawan PH pulak dalam PRU-15.... O'aloh, apa masalahnya...
Nik Abduh menafikan audio itu adalah rakaman suara dia.... :D
Dulu dalam kes pembunuhan Altantuya, orang persoalkan kenapa Najib langsung tidak disiasat atau diambil keterangannya...?
Najib pun bersumpah di masjid, bahawa dia tak pernah mengenali Altantuya.
Sumpah dia sendiri itu pun orang dah tahu dia bohong..... Orang dah tahu dia ada hubungan dengan Altantuya, terutama dalam isu pembelian kapal selam dari Peranchis.... Orang tak pertikaikan yang tu, orang cuma tanya dalam kes bunuh tu.... Kalau dia bersumpah bukan dia yang bunuh pun bolehlah diterima, mungkin ramai yang percaya, tapi dia pergi bersumpah tak pernah kenal Altantuya....! Ini hanya orang yang betul-betul bodoh saja yang percaya.
Begitu juga dengan Nik Abduh..... Kalau dia mengatakan ucapannya diedit, atau tidak diambil penuh, mungkin ada logik jugak... Tapi bila dia kata itu bukan suara dia, dan sekadar mengugut untuk berdoa supaya orang yang mengfitnah itu mendapat balasan dari Allah, siapa yang nak percaya...?
Kumpulan Ustaz Din bertujuan nak buat perangkap untuk mengenakan Nik Abduh, rupa-rupanya seluruh kepimpinan PAS kena getah dan dengan Ustaz Din dan orang-orang dia sekali masuk pukat.
Cer fikir, siapa yang rakamkan percakapan Nik Abduh itu, dan sebarkan...? Mesti salah seorang dari rombongan Ustaz Din.... kan..?
Ohhh kisahnya.... Rombongan 'orang-orang Ustaz Zaharuddin' mendatangi Nik Abduh untuk bertanyakan kesahihan isu 'PAS baham pitis UMNO'.
Mula-mula Nik Abduh bagitahu yang datang tu ramai yang dia tak kenal, cuma kenal dari jauh ggitu... Nik Abduh kata, "Ana kira ni kumpulan Ustaz Din lah..."
Lepas tu Nik Abduh terus sambung : "Sebab tu ana bagitahu enta, kalau enta nak tahu cerita ni.... Mintak satu je, enta jangan bagitahu sapa-sapa... Kalau enta bagitahu ana sumpah enta jadi abu....!"
Sebenarnya, dalam bahasa Arab, kalau kita bercakap dengan lebih dari dua orang, sepatutnya sebut antum, bukan enta.... Enta untuk satu orang.... Kalau dua orang kena sebut antuma... Kalau lebih dari dua sebut antum.... Kalau tak silap saya lah.... Haha, saya memang jahil bahasa Arab... tak pernah belajar pun masa sekolah.
Kemudian, Nik Abduh pun bagitahu rahsia besar yang kalau sesiapa pecahkan akan disumpah jadi abu.... (Orang jual ubat ambik kertas dia cucuh dengan lighter.... "Tuan-tuan, kertas dibakar jadi abu... Abu dibakar jadi Abu Bakar....Hari ini saya nak tunjukkan dalam telur ayam ada anak ikan...)... Nik Abduh setaraf dengan orang jual ubat kat taman kerang je.
Nik Abduh memulakan ayat : "Ana nak cerita sebenar... Malam ni ana nak bagitahu Ustaz Zaharudin... Ana menyalahkan Ustaz Zaharudin, sebagai punca.... Dia tak tikam belakang, dia tikam depan...." (Bersambung).
Audio tu yang bersambung, jangan marah ke saya.
Nak buat apa pun tak apa... Nak pakai seluar ketat sampai nampak lurah bilut ke, nak berjoget sampai luruh kopek ke, semuanya halal, asalkan pakai tudung kepala tutup aurat.... Patuh syariah lah konon.
Agaknya Neelofa fikir gitu lah kot...
Macam orang ponteng puasa Ramadhan... Berbuka pukul 12 tengahari... cari buah kurma jugak nak wat bbuka... Ijtihad sendiri je : "Kalau tak dapat pahala puasa pun, sekurang2nya dapat juga pahala sunat, berbuka dengan buah tamar..."
Korrok mu.... Mu padan duk kira pahala saja, dosa mu tak pernah kira pun... sedap belah mu sokmo lah kalu ggitu.
Aku nak keluar simpang... Jalan sibuk... Simpang tiga, tak ada traffic light.... Aku dah nampak ada kereta dari kanan, tapi jauh lagi.... Aku masuk lah, harap-harap bila nampak kereta aku, dia brek lah sikit bagi laluan biar aku jalan dulu..... Rupa-rupanya dia pecut tak nak brek langsung.
Aku pun saja melambat-lambatkan permainan, nak tengok dia berani tak langgar punggung aku.
Tahu pun brek, ingatkan tak tahu.... Huh, drebar pompuan, kat sebelah dia pun awek.... Dua-dua pandang macam nak perkosa aku.... Aku pandang jugak lah, dalam hati huh dua-dua lawa... Dia pandang macam nak ajak gaduh woo.... Aku pun jelir lidah, sambil tonyer muka : weeeey..!
Dua-dua bantai gelak.... malu aku... benci.
Kalu nak bandingkan Abang Awang dengan Ustaz Din, kalu kita nilai dari 99 sudut... cuma satu perkara saja yang Ustaz Din lebih pada Abang Awang.... Din menantu Haji Hadi, Awang menantu Haji Yusuf... Itu saja yang lebihnya.... Yang 98 lagi, semua lebih Abang Awang... dari segi apa pun.
Dan hanya dengan sebab 1 dari 99 faktor itu saja, Din tiba-tiba jadi orang penting dalam PAS, dipilih jadi AJK PAS Pusat, dilantik jadi Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, dilantik untuk jawatan penting dalam Perangsang dengan gaji puluhan ribu sebulan, mampu membina rumah kediaman yang megah seperti istana raja di Kg Kubu Gajah, dekat Sungai Buloh, mampu memiliki kereta mewah.... Semuanya itu diperolehi kerana satu faktor itu saja.... iaitu, dia menantu Haji Hadi.
Kalau tidak kerana dia menantu Haji Hadi, lelong 30 riyal pun tak ada orang nak beli.... Kalau bukan kerana dia menantu Haji Hadi, dia tak akan dapat semua jawatan dan pendapatan itu.
Kalau nak banding sapa lebih hensem pun, rasanya Din jauh kena tinggal kat belakang.... Kulit sama hitam, tapi spenda lain-lain.
Detik dan suasana yang paling indah dan syahdu dalam hidup aku ialah....
Hari cuti, tak sekolah... Pagi-pagi buta hujan lebat sejak sebelum subuh.... Lebat sungguh sampai tak boleh nak celik mata... Aku duduk bercokoh atas lambor rumah berselimut kain batik sarong, ralik tengok air hujan turun dari cucur atap.
Sarapan makan pulut nyor dengan ikan puyu pekasam, keledek rebus dan pisang rebus cicah nyor, minum air kopi o.
Huh.... bisa nangis gue.
Pada saya, biarlah kalau BN dapat perintah semua negeri pun, asalkan PH dapat perintah Putrajaya..... Itu jauh lebih baik dari PH perintah semua negeri tapi BN masih perintah Putrajaya.
Setakat perintah negeri nak buat apa, kalau di federal Najib masih PM... Ada orang kata, Azmin boleh majukan Selangor walaupun BN memerintah di Putrajaya...?
Ya lah, maju lah dia dan kartelnya.... Orang lain macam mana...? Orang negeri lain yang bukan kartel...?
Azmin jadi MB Selangor pun, bukannya dia boleh turunkan harga minyak...! Jangankan harga minyak, harga ikan kembong pun Azmin tak boleh turunkan.... Dah, apa yang hebatnya dengan jawatan MB...?
Jemaah dhirar...?? Dhirar kepala bapak mu ajar..!
Masjid dhirar ada, yang didirikan oleh Abdullah bin Ubai, dan Nabi SAW meminta sahabat merobohkannya... Itu je.
Jama'ah dhirar tak ada..... Tak pernah ada ulamak yang qiyaskan masjid dengan parti politik.