nikakim.biz

Arkib 11/2018

Assalamualaikum. Tolong ambil perhatian kepada semua kawan saya supaya berhati-hati dalam memilih ejen takaful. Mungkin post saya kali ni agak panjang dan sensitif. Tapi demi kebaikan bersama saya terpaksa dedahkan sedikit.
Kenapa kita perlu kenal siapa ejen kita ? Inilah salah satu sebabnya.
Alkisahnya, pada hari Jumaat 30 Jun 2017 (hari raya keempat) saya telah menerima whatsapp dari salah seorang kawan baik saya (juga seorang klien) yg memberitahu berita duka kematian Arwah isteri tercinta disebabkan Kanser Payudara tahap 4.
Sebagai seorang kawan yang juga mengenali arwah sememangnya saya sedih atas pemergiannya di usia yg sangat muda, 25 tahun.
Sebagai tanda menghargai seorang kawan, saya menghulurkan bantuan untuk hal-hal pengebumian dan lain sebagainya.
Dalam suasana yg sayu saya tak banyak bertanya, takut menimbulkan sesuatu yg tak diinginkan. Selepas beberapa hari saya terdetik ingin tahu pasal penyakit yg diderita oleh arwah. Yela kan, saya perempuan, memang takdir ditangan Tuhan, tapi sekurang-kurangnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Mungkin kawan saya boleh bercerita apa punca dan tanda-tanda. Sebab sebelumnya arwah dah pun menderita 'Slip Disc' selama 2 tahun (pasang skru siap, mean teruk la kan).
Tapi apa yg saya terkejut ialah bila dapat tahu selama dia menderita slip disc dan kanser, ejen arwah tidak pernah tampil untuk menguruskan hal-hal tuntutan dan yg berkenaan. Bila dihubungi ejen kata akan uruskan semuanya tapi hakikatnya tidak sama sekali. Boleh dikatakan saya yg banyak bantu urusan arwah ketika dia masih hidup walaupun saya bukan ejen arwah dan bukan dari syarikat takaful yg sama. Oleh kerana suami arwah saya dah anggap sebagai kawan baik saya sendiri, saya tak minta satu sen pun untuk bantu urusan mereka.
Dan petang tadi saya dikejutkan lagi sekali oleh kawan baik saya tadi. Dari mula 30 June 2017 sampailah ke hari ini, rupa-rupanya waris belum menerima sebarang tuntutan kematian yang seharusnya dah dapat selepas seminggu atau sebulan paling lewat selepas kamatian arwah.
Saya tarik nafas panjang sebentar tadi. Dah la kawan tu bukan berasal dari keluarga senang. Hutang rawatan arwah pun masih ada lagi. Saya ingat dah selesai selepas saya hantar whatsapp pada ejen arwah sebelumnya. Masya Allah! Ejen sebegini sepatutnya tak wujud, tapi sememangnya RAMAI ya kawan-kawan!! Ingat, RAMAI!
Jadi saya ingin tunjukkan disini betapa pentingnya memelih ejen yg berdedikasi. Pemilihan ejen yg betul memainkan peranan penting. Ejen yg berdedikasi akan sentiasa memastikan klien akan menerima apa yang sepatutnya mereka terima.
Ramai yang tidak puas hati tentang perkhidmatan ejen takaful. Pilih bukan semata-mata ejen cantik/kacak, pilih bukan disebabkan ejen pakai Porsche petanda ejen tu bagus, pilih bukan kerana percaya mulut orang.
Ramai ejen hilang selepas berjaya menjual beberapa polisi, ramai yg mengadu pada saya polisi terbatal akibat melepasi tarikh luput tanpa diingatkan oleh ejen, ramai juga pemegang polisi mengadu yg ejen mereka telah pun ditamatkan khidmat sebagai ejen dan bila ingin membuat tuntutan, pemegang polisi tak tahu nak hubungi siapa dan terpaksa uruskannya sendiri.
TAK SEMUA EJEN SEPERTI ITU.
Zaman serba canggih. Diri sendiri kena peka untuk membuat pilihan. Takaful sememangnya penting. Jadi kita kena bijak memilih ejen. Bagaimana?
1. Minta kawan-kawan kenalkan ejen yg mereka percaya (Kalau ada jangan pula terus saja lantik mereka sebagai ejen tanpa usul periksa. Masih perlu siasat. Tanya bagaimana kenal ejen serta mutu perkhidmatan ejen)
2. Rakan sendiri (kenali dulu siapa kawan kita)
3 Adik beradik sendiri (nak lari mana? Adik beradik sendiri kot. Bagai air yg dicincang tak akan putus)
4. Certified Life Planner ( yg ini sememangnya ejen pilihan, bukan calang2)
5. Bukan Salesman (Hanya tau menjual saja, tapi part service janam janam)
6. Ulasan (yg baik hati akan post tentang servis ejen mereka di social media. Rajin-rajinlah tgk posting mereka ya. Jgn malas membaca. Amalkan budaya membaca ? hehe
7. Dan paling penting pastikan anda faham dan ejen pun faham keperluan anda.
Sekian terima kasih. Maaf bahasa berterabur.
Sebarkan jika bermanfaat!
Vivi Latifah
Life Planner
Expert in Claims & New Business Proposal
KAD PERUBATAN TERBAIK ? TIPU SEMUA TU!!!
(Jangan baca jika anda bukan pemegang Kad Perubatan)
Masih ramai orang yg belum ada Kad Perubatan sendiri sebab belum ada keperluan katanya, ada yg ditanggung oleh majikan dan ada juga segelintir yg lebih suka pergi ke Hospital Kerajaan kerana dapat keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan.
Tapi bila melibatkan anak-anak dan orang-orang tersayang barulah berasa perlunya ada "Kad Perubatan" sendiri.
Jadi, Kad Perubatan yang mana terbaik di pasaran? Jika Islam, sudah tentu Kad Perubatan yang patuh syariah seperti Great Eastern Takaful, PruBsn Takaful, AIA Public Takaful, Zurich Takaful, Takaful Malaysia & banyak lagi.
Kalau bertanya pada Ejen Takaful, sudah pasti akan kata syarikat takaful dia yang terbaik. Melainkan Ejen tersebut betul-betul jujur dan prihatin terhadap keperluan anda (bukan sekadar close sebab nak pakai Audi ya).
Oleh itu, penting untuk kita sendiri mengenalpasti faktor yang perlu dipertimbangkan selain harganya.
5 PERKARA WAJIB AMBIL TAHU SUPAYA TIDAK TERTIPU!
1. Jenis Perlindungan. Tahunan atau seumur hidup?
Ada 2 jenis perlindungan yang perlu anda tahu bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (Lifetime Coverage) atau perlindungan tahunan (Annual Coverage). Sangat penting mengambil tahu berapa had tahunan dan had seumur hidup. Biasanya jika limit tahunan RM100,000 limit seumur hidup pula RM1,000,000 atau tiada limit untuk seumur hidup.
2. Co-Takaful atau Full Coverage ??
Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.
Semak terma dan syarat, walaupun harganya murah tapi ianya mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.
3. Renewal – Yearly atau Guaranteed?
Bagi Kad Perubatan yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Jika pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Kad Perubatan anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Kad Perubatan baru dari melalui syarikat lain.
Kad Perubatan jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Kad Perubatan anda sesuka hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tidak membayar atau Lifetime Limit sudah habis (tak perlu risaukan sebarang caj tersembunyi).
Pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh Ejen.
4. Harga Hospital / Wad
Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250 sehari tu masih boleh dapat lagi.
Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah perlindungan tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?
5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap
Semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Teliti betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.
Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. Dalam erti kata lain, tak salah untuk mereka ‘lepaskan diri’!
Tiada istilah Kad Perubatan Terbaik, tetapi yang ada ialah “Paling Sesuai”.
Kepada yg sudah ada Kad Perubatan, buka balik polisi anda. Baca dan faham apa yang syarikat Takaful cover. Kalau tidak faham boleh tanya saya (Free Consultation).
Jangan asyik bertangguh ! Kad Perubatan bukanlah seperti Touch & Go. Ada "waiting period" 30 - 120 hari dan "exclusion" untuk sakit yang sudah ada dalam rekod selama 5 tahun kebelakang (tak kira rekod pada hospital kerajaan, hospital swasta, atau klinik).
Lagi muda usia anda, lagi murah caruman bulanannya. Salah satu kelebihan mencarum diusia muda adalah harga yg tidak tak akan berubah walaupun harga semasa akan semakin meningkat mengikut usia anda. Barulah jimat!
#PENTING! Hari ini kita masih sihat, kita "REJECT" Takaful. Tapi esok jika kita sakit, Takaful reject kita, kawan reject pinjam duit, bank reject loan, majikan pula reject kita dari kerja. Jadi tunggu apa lagi? Pokjib takkan bantu anda melainkan anda bantu diri anda sendiri.
Vivi Latifah
Your Life Planner
Expert in Claims & New Business Proposal
BERAPA INCOME SHAHEIZY SAM NI HAH? ?
(cerita ni panjang tapi banyak pengajaran ?)
.
Kecoh minggu lepas pasal seorang artis muflis sebab hutang LHDN RM300K. Ramai tertanya2 berapa income dia. Jawapan dia net taxable income dia lepas tolak segala mak nenek pelepasan cukai ialah RM1.07 juta (28% maximum tax rate). TETAPI, kalau sampai stage muflis ni, rasanya tu dah termasuk penalti tu. Gila kau sebulan bayar lewat pun penalti 10% woo! ?
.
Andaian saya itu kalau personal tax lah. Kalau under SDN BHD mungkin lebih rendah. Anyway, mai saya nak cerita sikit pasal beberapa benda yg anda mungkin tak tahu. ?
.
"GILE KENCANG INCOME SAM!" ?
.
Kencang laa, sebab tu anak muda skrg semua nak jadi artis & insta famous. Kawan saya dulu berlakon pak pacak pun RM25K dia dapat. Hero cerita tu dapat RM120K.
.
Jadi duta lagi masyukkkk. Kerja marketing dulu boss saya citer pernah nak propose kat Lisa RM200K jadi duta. Kes mahkamah Vanida punya payment RM400K++ jadi duta RonaSutra. Kalau artis tu lagi popular mcm Ayda Jebat & Datuk Siti Nurhaliza lagi kencang maa. Oh ya jgn lupa dulu zaman Mawi feymes dia collect lebih RM2 juta sebagai duta macam2. ?
.
"KEJAM GILER LHDN SAMPAI 28% DIA CEKAU!" ?
.
Ini semua undang2 yg dah ditetapkan. Akta Cukai Pendapatan tahun 1967 kot. Semua rakyat berpendapatan kena bayar income tax. Lagi banyak income, lagi banyak tax. Takde income, takdelah tax (tapi camne nak hidup? Hahaha ? caranya ialah hidup dgn tax-free income seperti dividen ASB @ Takaful @ Tabung Haji).
.
Anda dicukai bila income anda layak dicukai sahaja. Secara mudahnya, income sebulan bawah RM3000 tak perlu bayar cukai. Kalau kena tax 28%, anda masih ada 72% lagi bahagian anda. Tak lah teruk sangat kan? Sebab di sesetengah negara maju ada yg sampai 45%!
.
Ya ya ya and they will say "TAPI KERAJAAN MEREKA TAKDE RASUAH, KEBAJIKAN & KESEJAHTERAAN RAKYAT MEREKA TERJAGA. PUBLIC TRANSPORT MEREKA CEKAP & MENYELURUH. BUKAN MACAM KERA-JAAN KITA! SONGLAP 50 JUTA CASH SIMPAN DALAM ALMARI PUN BOLEH MASUK KERJA BALIK!" Ok, saya faham. Tapi tu lain kali lah kita cerita yer ? now back to topic.
.
Anda dicukai atas taxable income sahaja. Kalau bisnes, lepas tolak semua kos2 yg dibenarkan. Kalau personal tax, lepas tolak pelepasan. NET INCOME sahaja yg dicukai, itupun max 28%. Anda sepatutnya ada baki selebihnya untuk hidup. Faham?
.
Kesedaran tentang income tax ni sangat2 rendah di kalangan masyarakat. Saya graduate accounting, so saya tahu benda ni MESTI KENA TAHU. kalau anda bukan background accounting mungkin anda pun tak tahu yg benda ni kena buat. Ia sebahagian daripada ilmu kehidupan yg anda kena ada, sama seperti ilmu parenting or driving.
.
Pada usia saya awal 30-an ni, majoriti kawan saya tak pernah amik tau pun pasal taxation. Tax filing pun tak pernah buat padahal dah bertahun2 kerja / berniaga ? kalau LHDN dapat memang senakkk nak bayar tax. Kalau tak kena tax pun, mungkin kena penalti.
.
Che Ta pernah kena tahan masa nak pergi overseas sebab tak bayar tax kan? It always happens to business owners. Keluar media sana sini income sebulan 20-30K, sampai 100K pun ada. Dapat duit, joli semua pergi melancong, beli kereta baru, renovate rumah dsb (yg tak boleh tolak cukai pun sebenarnya). Duit untuk bayar tax tak set aside. Koman2 30% dari net income kena tolak tepi utk tax + zakat + GST. ?
.
Saya tahu ramai je kira tax main hentam. Banyak lari sana sini. Renovate rumah dia tolak, pergi umrah dia tolak, semua benda habis nak ditolak. Mana boleh gitu. It must be "wholly & exclusively" for business. Semoga mereka semua yg buat begitu hasil tunjuk ajar "mentor" selamat hendaknya. ?
.
"APA AKIBATNYA BILA BENDA NI RAMAI TAK BAYAR TAX OR BAYAR TAX KURANG DARI SEPATUTNYA?" ?
.
3 huruf saja lor, GST. GST adalah usaha utk mencukai SEMUA ORANG. so income anda banyak atau sikit, anda tak boleh lari dari membayar GST. Peniaga (macam saya, sigh ?) pun tak dapat lari dari jadi "pengutip GST" ? Now GST kena bayar, income tax pun kena bayar. Semua org tak dapat lari lagi ? Semoga negara kita bertambah maju hendaknya lepas ni ?? Kesian pada golongan makan gaji sbb mereka jadi mangsa, tak pasal2 kena caj extra 6% kan. Peniaga jadi "tukang kutip GST" je. ?
.
"TERUK SANGAT KE KALAU MUFLIS NIH?" ?
.
Teruk lah. Antara impaknya ialah anda tidak boleh memiliki aset, tak boleh ada akaun bank dan tidak boleh ke luar negara. Kalau ada rumah, kena jual rumah tu. Ada akaun bank, bank akan tutup akaun kita secara paksa. Dah book flight pergi honeymoon overseas? Burn je lah. Semua aset akan dicairkan untuk bayar pihak yg kita hutang. ?
.
Hutang > RM30K boleh declare bankruptcy. Kalau ada org hutang anda lebih RM30K, pergilah file for muflis. Biar padan muka dia. ? Tapi hutang betul2 yg ada dokumen ye. Hutang kena sontot or join skim ponzi tak boleh lah. ?
.
"SAM KATA DIA TAK TAHU MENAHU PUN PASAL NI" ?
.
Semua jabatan kerajaan ni ada connection. Anda beli rumah, beli kereta, duit dalam akaun ada berapa banyak, tu semua diorang boleh tahu. Nak detect anda duduk mana bukan susah pun apatah lagi jika anda org terkenal. Saya ni ha dapat SMS, dapat surat, dapat email dll dari LHDN bila bab cukai. Camne plak boleh kata tak tahu menahu? Come onnnn. The government knows everything, and can haunt you down. Dont forget that. They can & will inform u in all sorts of communication ?
.
PENUTUP
.
Panjang dah cerita ni. Sebagai penutup, saya sampaikan pesanan ejen cukai saya lah iaitu "biar kita ikut undang2, supaya malam boleh tidur lena. Kita elak itu ini nak enjoy hidup pun tak tenang".
.
LHDN makin agresif. Negara nak pakai banyak duit nih. Baru semalam kuar TV nak buat ECRL pulokkk ??? They're just doing their job, so you just play by the rules lah. ?
.
Anda bukannya PM yg boleh ubah undang2 negara or hapuskan income tax. Have to live with it lah. Tapi, belajarlah "kurangkan tax", dan bukannya "elakkan tax". Tak paham apa2 pasal tax? Cari la member2 background accounting @ hire tax agent. Bersepah ada kat Malaysia ni. Caj pun tak mahal sangat ????
.
LHDN ni time kutip tax, semua nak cepat. Lewat je kena penalti. Time refund, lebih sebulan tak dapat lagi. Rupanya saya kena audit. Haha. Tapi ejen saya power. Tak dapat surat lagi dia dah suruh saya "attack" dulu. 3 hari settle dapat RM62k ? Alhamdulillah ☺️
.
Pepatah Presiden lama US, 2 benda adalah pasti iaitu MATI & CUKAI ? tapi kat Malaysia ada tax-free income, cthnya dividen ASB, Tabung Haji & jual hartanah lepas tempoh RPGT (5 tahun dari tarikh SNP). Apapun, anda tak boleh elak dari terlibat dengan cukai. Stop being ignorant, start learning about taxation. Orait? ?
.
Silakan SHARE & TAG info2 ni dgn rakan2 ya. ?✌?
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
.
#NOTAPENTING: Kita sebenarnya dapat pelepasan cukai sebanyak RM6000 untuk Takaful/Insurans nyawa dan tambahan lagi RM3000 untuk Takaful/Insurans pendidikan dan perubatan. Ramai juga yang tak tahu tentang ni dan yang terlepas pandang. Jadi, bagi yg ingin bertanya tentang pelepasan cukai boleh personal whatsapp/call saya.
Sekian.
Vivi Latifah
0177227098
Expert in Claims and New Business Proposal
Pengajaran yg saya dapat selama 8 hari berada di hospital.
Part 2: Nasihat dari seorg nenek cina yg comel. (Umur 84 tahun.Dia duduk sbelah katil)
- Bangun pagi, senyum.
- Ada duit, takde duit, hati mau senang.
- Duit sikit, belanja sikit. Duit banyak, belanja jimat.
- Mesti bercakap. (Kat sini maksud dia, kalau ada apa2 masalah jangan simpan dalam hati. Baru hati senang)
- Utk keadaan saya sekarang dia pesan: Ada selera, takde selera, mesti makan. Anak mau besar.
Nenek tu discharge lagi awal dari saya. Semoga dia sihat dan sejahtera hidupnya. ??
Pengajaran yg saya dapat selama 8 hari berada di hospital.
Part 1: Jenis-jenis pelawat/penjaga.
a) Datang melawat ramai2. Tapi sembang sesama sendiri, tak pun main henpon. Mak yg sakit termenung atas katil.
b) Anak2 yg sgt menjaga mak. (Yg ni sy mmg puji. Tip top diaorg jaga mak dia.).
c) Anak yg dtg tengok mak, tapi nak sentuh mak pun geli. Kerja dia arah nurse tukar pampers and buat itu ini.
d) Ada pula yg ada suami dan anak2 tapi dari awal sampai keluar hospital takde org datang. Semua dia uruskan sendiri.
e) Ibu tgh nazak, suami, anak2 dan ahli keluarga ramai duduk keliling, tapi nampak macam takde sorg pun yg ajarkan mengucap. Duduk keliling pandang dan menangis. Yg bacakn yasin pun sorg dua je. (Makcik tu meninggal. Tolong sedekahkn al-Fatihah utk dia).
Maka, yang baik tu kita ikut. Yg tak elok tu tolong la jangan buat. Sedih tengok.
KUNCI UTAMA dalam FBADS dalah AUDIENCE INSIGHT.
Saya tahu ramai yang menggunakan fbads sebagai medium pemasaran online. Tapi pernah tak anda tahu dan explore AUDINCE INSIGHT??
Sebenanrnya KUNCI UTAMA untuk meningkatkan jualan dan menurunkan kos pengiklanan fbads adalah AUDINCE INSIGHT.
Kenapa audience insight?? Baca sampai habis ye..
Audience insight tak akan menipu sebab data yang akan diberikan oleh audience insight adalah data yang sangat tepat. Audince insight akan menunjukan ciri ciri prospek yang kita mahukan.
Di dalam audiennce insight, 6 elemen yang perlu kita fahamkan. Andai anda sudah faham kesemua 6 elemn ni, semuanya akan jadi mudah bila anda buat fbads.
Yang penting adalah data - data di dalam audience insight.
Data data ini akan ada hubungan kait antara satu sama lain
Ok jom kita explore satu per satu.
Yang pertama adalah “LOKASI YANG TEPAT”
Lokasi yang ramai penduduk. Lebih tepat lagi adalah lokasi ramai menggunakan FACEBOOK.Lokasi yang kita pilih mestilah lokasi yang mempunya purchasing power yang lebih tinggi. Lokasi akan memainkan peranan yang sangat tepat bila mana kita memeilih lokasi yang betul.
Contohnya, Kita memeilih negeri Kedah sebagi salah satu lokasi Fbads kita. Ramai yang terus tulis KEDAH. Sebenarnya lokasi yang lebih tepat adalah Alor star, Sungai petani , Kulim dan Baling.Ini adalah 4 lokasi di kedah yang mempunyai populasi penduduk yang lebih tinggi berbanding kawasan lain. Semua details penduduk yang menggunakan fb dapat dikesan di dalam AUDIENCE INSIGHT!!
Yang kedua adalah “UMUR PROSPEK YANG KITA MAHU”.
Di dalam AUDEINCE INSIGHT akan menunjukan populasi yang paling tinggi di kawasan tersebuat bermula dengan umur berapa. Biasanya umur paling TOP ialah 28-40. Tapi produk kita sesuai untuk yang berumur 50 tahun macam mana?? Boleh ke??
Sebenarnya boleh je. Dalam AUDIENCE INSIGHT akan menunjukan berapa populasi di kawasan yang kita pilih itu dengan umur 50 tahun yang kita mahu.
Yang ketiga adalah “RELATIONSHIP STATUS”
Relation status di dalam FB hanya ada 3 sahaja. Married, single and in relationship. Jarang sangatlah janda atau duda nak update status janda atau duda di fb.huuuuuu
Relationship status ni berhubung kait dengan umur yang kita pilih.Kalau prospek kita ialah berumur 25 atau 28 tahun ketas ,AUDIENCE INSIGHT akan menunjukan married yang paling tinggi. Kalau prospek kita di kalangan student maka AUDIENCE INSIGHT akan menunjukan single atau in relation.
Yang ke Empat ,Kelima dan Ke Enam saya terpaksa ajar siapa yang datang belajar dengan saya sahaja. Sebab agak complicated dan agak banyak. Tapi rugi kalau 3 di atas dah faham lagi 3 tak tahu. Urmmmm
Ada sorang pelajar saya dari biasa tak tahu apa, datang belajar kelas basic then sekarang ni sales dah maintain tiap2 bulan Rm25k keatas. Saya dah ajar diorang di Johor bulan April haritu.
Ok kalau nak lagi 3 tips dan teknik ini,boleh datang kelas saya dengan yuran yang sangat minimum dan saya hanya nak 7 orang sahaja satu kelas dan boleh jumpa saya dengan details berikut :
Tarikh : 22 Julai 2017
Hari : Sabtu
Jam : 8.30 pagi - 5 petang
Nak tahu “YURAN SPEACIAL” boleh pm inbox saya atau wassep terus 019 6735003. Semua kelas parktikal. Tak main la teori2 ni.
Datang ye.. Rugi sapa tak datang. Sebab ni kelas kali kedua saya nak ajar benda ni.:)
Salam, harini rasa nak membebel. Sekarang hampir satu setengah tahun berkecimpung dalam bisnes diaper cake ni. Perjalanan memang mcm roller coaster. Nak bagi orang kenal barang kita bukan senang. Sampai hari ni pun, masih ramai xtau Diaper Cake tu ape. Yang pm diaper cake ni berapa lama tahan kalau nak simpan xmakan terus? Kak, adik saya teringin sangat nak makan cupcake diaper cake. ? Aduhai syg oi, kot mana nak makan pampers ni. ?
Bila cerita masalah orang kata, promot la bagi orang kenal! Agak2 rasa nak promot tu senang? Nak promote, buat web? bajet xde. Maklumla, peniaga kura-kura. haha. So guna benda yang free. Mula2 dgn Facebook, sampai satu tahap xgrk dh follower. sebab? yela xpakai FB Ads, cmne org nak tau. xkan nak spam semua org, tag2 kt gambar. ak pon xsuke org tag. Nak FB Ads hari2? ketor lutut rasa tgk harga. Then letak kat kedai, jadi vendor. Tapi ingat hari2 ke orang nak beli hadiah baby? Dari 1 jadi 4 tempat vendor. Memang la bila tanya customer die nak dekat dengan rumah die. Kita pun okla set matlamat nak takluk Lembah Klang. Cewah. Lepas satu tahap amik ko, barang berdoyon xjalan tapi sewa kene bayar. Last2 gaji kerja pulak kene curi bayar sewa. ? Lama2 xmampu withdraw.
Dalam masa yg sama guna Instagram. The hard way to earn orang follow, #hashtag kan ado. Senang kan org nak search. Tempekla banyak2 #hashtag. Tapi skg jgn over tempek naa. Silap haribulan IG disable sbb violate tnc die. Die pon dah ada IG Ads gak. ? Masa kat IG ni la jumpa networking. Orang2 yang menjual barang kategori sama/lain semua ada. Persaingan yang sihat. Harini rezeki ko, esok rezeki aku. Masa kat sini, jumpa orang2 yang baik2. Yelah nak masuk big2 event ingat ado duit nk bayar sewa lot? Kumpul la orang2 yg menjual kategori sama. Share amik satu slot kt EhEhBazaar. Ini pon dah nak cirit. Baby Fair? doakan la satu hari nanti. Dengan diog ni jugakla share 12 org buat 1 pamplet. Haa kertas tu belah la 12. Dapat tulis nama je pun jadila. Looser terok. kahkah. Tapi xpe, janji usaha.
Satu hari rezeki jatuh tergolek, Pengacara Assalamualaikum TV Alhijrah, Alifah Zamanhuri jadi customer. Aku ni, xcheck pon gambar sapa, mana rupa orang yg pm. Punya la budus piang. Sekali dia offer, nak tak masuk slot DIY. Tapi available isnin je. Which die contact aku hari sabtu. Gile ko xnk masuk tv? Ingat peluang datang banyak kali? Tak pikir panjang. Agree. Tak tanya pon kene bayar berapa. Nasib baik Free. Alhamdulillah rezeki. Pastu die cakap benda ni Live. Slot 10min iklan lagi 10min. Think of something yang bole buat dalam slot tu. Thats it? Gelabah xckup tanah kalut duk timing diri sniri buat ape yg lepas dalam masa tu. Alhamdulillah berjaya walaupun starting gagap mcm ayam. Padahal bukan ada orang pun tgk kat depan. ? Tapi sayang xde sapa sempat rekod full. Ape pun terima kasih pada yang sempat tengok. One in a lifetime experience. Habis je live on tv, Liker's fb/ig berdesup masuk. Bertapa dahsyat impak iklan berapa minit kt tv. Siap ada org pm, Saya tengok awak tadi kat tv. haha malu jah oi.
Dan sekarang cuba channel telegram pulak. Why? Not everyone use semua social media yg ada. Youngsters maybe yes, tapi kita nak jumpa jugak dgn semua lapisan masyarakat. ? Sebab tu la keep on cuba platform baru. And it will not stop here. Soon cuba ape lg? Shopee? Blog? Sapa expert marketing meh la share n kita. ?Buat Web itu adalah impian. Satu hari nanti.
Bukan mudah nak marketkan barang. Nak buat your product as viral and as trending as possible. Its not easy. And every step that you take is a learning process. I am learning till today. Walaupun dah tua. haha. Who know's what's next? but Allah swt knows best. Jadi tanam azam buat tahun baru ni, I wanna try my best in everything. Salam Maal Hijrah dari saya & Aufa Raudhah Collection.
oops!! Jangan lupa follow semua2 ni tau. hee.
TELEGRAM CHANNEL: http://telegram.me/aufaraudhahcollection
IG: http://instagram.com/aufaraudhahcollection
FB: http://facebook.com/aufaraudhahcollection
Dan bagi yang ada ilmu jangan lokek nak share dkt kawan2. The more you give, the more you get back. Thank you all sudi dengar kita membebel. Bye
Tahun ini usia saya memasuki usia 40 tahun pada bulan Oktober nanti. Membaca nota di bawah ini memberi satu peringatan kepada saya. Simpan Nota ini untuk sentiasa dibaca bagi muhasabah diri.
Waspada Apabila Usia Melebihi 40 Tahun
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman dengan maksud:
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa
Saudara Kita di Indonesia sedang bertarung nyawa dengan ujian Allah swt. Adakah pemimpin kita kufur nikmat yang Allah swt beri padanya, hanya bertarung dengan Play Station sahaja?
Terima kasih rakyat yang memilih pemimpin ini.
#malaysiabaru
Isu Tanah Felda Bukan Main Bising, DAP Nak “Lelong” Pulau, Apa Komen?
Dalam Pakatan rancak menjadikan isu penjualan tanah Felda di Jalan Semarak baru-baru ini ramai yang tidak tahu bahawa tiga buah pulau buatan yang bakal dibina di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang akan "dilelong" bagi membiayai usaha Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebanyak RM27 bilion oleh kerajaan negeri,
Projek berkenaan – Penang South Reclamation (PSR) adalah satu usaha kerajaan pembangkang Pakatan Harapan untuk menambak tiga buah pulau berukuran 930 hektar, 445 hektar dan 323 hektar di perairan Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul.
Banyak pihak yakin, pulau-pulau ini akan dijual kepada pihak asing, tambahan pula DAP sering mendakwa Malaysia sebuah negara gagal dan hampir bankrap – takkan rakyat dalam negeri hampir bankrap ada duit nak beli pulau?
Demi menjustifikasikan tindakannya untuk “melelong” pulau-pulau ini nanti, DAP mendakwa projek ini boleh menyelesaikan masalah trafik yang semakin teruk di negeri tersebut, janjinya sudah mereka dendangkan sejak tahun 2008.
Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Joshua Woo Sze Zeng mendedahkan bahawa dengan penjualan tanah di pulau-pulau buatan ini, Pulau Pinang akan lebih bebas dari kekangan kerajaan persekutuan (dan) mampu memajukan negeri tanpa kekangan jika usaha kerajaan DAP tersebut berjaya.
“Umno-BN tak mahu negeri dikuasai pembangkang berjaya. Jika projek ini berjaya dilaksanakan, Umno-BN akan lebih susah untuk mengambil alih Pulau Pinang. Tambahan lagi, banyak lagi negeri lain akan terinspirasi untuk menjatuhkan mereka (BN)..” kata beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda DAP negeri.
Walaupun begitu, pemimpin DAP sendiri mengaku bahawa projek tambakan laut tersebut akan menyebabkan kemusnahan terhadap alam sekitar serta ekosistem hidupan laut, tetapi ianya diabaikan kerana mereka lebih mementingkan keuntungan.
Malah, hasil dari kerakusan DAP itu akan menyebabkan rakyat P.Pinang berdepan dengan kehilangan harta warisan laut yang bakal diperturunkan kepada generasi akan datang.
Risiko kemusnahan ekoran projek tambak laut itu turut dilaporkan dalam laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) seperti didedahkan perunding Tetuan Dr. Nik & Associate yang menjalankan kajian tersebut pada sesi dialog bersama nelayan minggu lalu.
Antara rumusan daripada dapatan awal kajian awal itu ialah sesetengah terumbu karang di Pulau Rimau, lokasi pendaratan penyu dan kawasan menangkap ikan di luar pantai selatan negeri ini akan hilang jika projek tebus guna tanah dicadangkan mendapat kelulusan.
Inilah yang berlaku apabila negeri dijajah oleh kapitalis rakus seperti parti DAP dan juga rakan-rakannya didalam Pakatan Harapan. Ini baru sebuah negeri, cuba bayangkan juga bagaimana nasib Malaysia jika diserahkan kepada ‘binatang-binatang politik’ tersebut
Bandingkan ini dengan isu tanah Felda di Jalan Semarak itu, mana yang lebih besar isunya? Sekurang-kurangnya dengan semua tindakan yang dilakukan sekarang, tanah itu boleh diperolehi semula Felda, berbanding dengan pulau yang bakal di jual ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB720, Jumaat
29 Disember 2017