nikakim.biz

Arkib 09/2021

Hari ketiga
24/12/17
.
Tengah hari habiskan masa berada di bandar hilir untuk anak2 suka suki
Ok je, nak buat macam mana nak ke tak nak ke terpaksa juga melangkah ke tahun baru. Jadi ke tak jadi ke 2017 dah pun berlalu, yang penting kita mesti ada perancangan untuk berjaya kerana masih ramai yang gagal kerana mereka semua gagal untuk merancang. Hihihi. Tu saya cakap untuk diri saya sendiri.
.
Jadikan :
- tahun 2017 sebagai sejarah
- tahun 2018 sebagai kenyataan
- tahun 2019 sebagai harapan
.
1/1/18-isnin
Selesai urusan keluarga, persiapkan lokasi anak2 untuk belajar bukan sahaja untuk jadi cerdik namin mengajar untuk hidup di alaf baru.
2/1/18 - selasa
Selesai urusan syarikat, banyak bab kalau bercakap tentang syarikat. Pertamanya team, organisasi, target, visi dan misi.
Berehat seketika dari kesibukan dunia, mencari rahmat allah untuk bekalan akhirat. Walaupun cuma 2 jam sahaja cukup untuk ‘ cover ‘ perjalanan 24 jam hari ni.
Syukur atas nikmat iman dan islam, terasa diri ini sangat kekurangan amal yang akan menjadi bekalan ke negeri akhirat. Semoga dengan sedikit menjadi berganda.
Cepat masa berlalu, beruntung dapat diketemukan 2 insan yang hebat ini. Mereka pakar dalam industri tersendiri.
.
Lotpi Pian Bundle Lemal pakar dalam selok belok industri pakaian bundle dari seluruh dunia. Mempunyai empat outlet fokus negeri kelantan sahaja. Orang nya masih muda tapi aset yang dikumpul nilainya lebih banyak dari orang bersara.
.
Sifu Yusran Ahmad pakar dalam industri marketing fb, web & wasap. Beliau juga pakar dalam content marketing yang sangat tercetus emosi setiap mata yang membaca setiap penulisan. Beliau banyak membantu saya pada tahun 2016 dan beliaulah yang bagi cadangan untuk berguru dengan sifufbads ( baju free yang saya pakai ).
#ciksuemasak #buburayammcd
Kekdahnya Ciksue ni dah 5 tahun memboikot McD. Alhamdulillah, Allah bg Ciksue rezeki makanan yg lain. Jadi kita masaklah sendiri, bubur ayam homemade ala² McD. Utk tekak org sakit, Ciksue punya deria rasa dah zero. Sbb hidung tersumbat, alahai. Mr.Hubby Handsome la kena rasa, cukup perencah ke tidak. Hahaha.
Saya sering terbaca, berlegar² di fb. Ramai isteri pemalas zaman ini. Tau nya nak kawen saje. "Memasak, mengemas, membasuh dan mengasuh anak adalah tanggungjawab suami. Isteri hanya perlu MELAYAN SUAMI", kata para isteri masa kini. Tetapi dia lupa erti "melayan suami". Melayan suami bukan seks sahaja ye.
Saya jadi sedih melihat pemahaman wanita zaman skrg. No wonder, suami skrg byk juga yang main kayu tiga dan melupakan isteri yg sedia ada. Kadangkala mmg ini salah kita, mengabaikan keperluannya.
Ramai wanita berteriak dan berkata "Dalam Islam, mmg tanggungjawab suami buat semua itu"
Lalu kita ni apa? Simbol layanan seks utk lelaki ke?
Maaf, fahaman ini adalah salah dan dangkal. Itu semua bkn tgjwb suami. Tetapi membantu meringankan tugas isteri adalah sunnah Nabi saw. Tetapi tidaklah wajib bg seorang suami melaksanakan tugas spt yg disebutkan itu. Akan tetapi wajib bg seorang isteri mentaati suami selagi ia tidak memudharatkannya dan tidak melangkaui hukum syarak.
Pandangan bahawa mengemas, memasak, menguruskan minum pakai dan menjaga anak adalah TANGGUNGJAWAB suami, mesti diperbetulkan kembali. Dan pandangan bahawa isteri sebenarnya tak perlu buat apa pun dan hanyalah melayan suami sahaja, mestilah diperbaiki.
Sila rujuk majlis fatwa kebangsaan akan perkara ini.
Membantu isteri adalah SUNNAH dan isteri mestilah TAAT apabila disuruh suami. Maka dlm rmhtangga perlukan kerjasama dan timbangrasa. Bukan semua tugas suami dan bukan semua tugas isteri.
Lagipun saya terfikir, tidakkah kalian merasa bahagia menyediakan segala keperluannya? Saya gembira, memasak, menyediakan pakaian, mengemas rumah dan menjaga anak. Dan para suami, tidakkah kalian berterima kasih jika isteri boleh membantu di rumah juga?
Suami isteri, hidup adalah untuk dikongsi. Jangan sebok menuding jari, ini semua TANGGUNGJAWAB SUAMI. Tidak ada hadis atau dalil utk mewajibkan ia atas suami. Cuma ianya SUNNAH ikutan persisnya Nabi saw melayani isteri. Namun ia bukan suatu kemestian atau kewajipan. Mohon diperbaiki. Dan isteri, melayan suami itu termasuk dalam Ihsan dan ketaatan selagi ia tidak memudharatkan kalian.
Apa ertinya bernikah hanya menunggu atas katil sahaja? Membantu suami menguruskan rumah adalah suatu kepuasan dan pahala berganda. Usah membentak, suami kena masak, kemas, dan membasuh segalanya. Kita bukan bernikah utk jadikan suami kita maid kita kan. Jangan malas sangat. Nanti suami cari lain, kita mula la nk meroyan marah. Kita tak jaga kebajikan dia kan.
Suami kita suka dilayan. Kita wajib taat padanya. Kalau dia suruh kita masak, itu tak bercanggah dgn syarak. Jika kita melawan, itu bermakna kita tidak taat sedangkan tugas itu tidak memudharatkan kita. Namun suami juga, jika tidak bertimbangrasa akan tetap di soal Allah swt. Ini bkn tentang senarai tugas suami dan isteri. Ini tentang kerjasama suami isteri.
Seorang janda yang tak pernah menuntut nafkah untuk anak²nya slps penceraian, kini berniat mengahwini seorang duda. Namun merasa resah kerana duda tersebut memberi nafkah kepada anak²nya melalui bekas isteri.
Mohon bantulah lelaki tersebut melaksanakan tgjwbnya dan bukannya dilarang. Cemburu bab nafkah ni blh buat kalian hilang kewarasan. Tak perlu melarang seorang bapa utk berbakti pada anaknya sendiri. Hanya sbb kita tak menuntut sesen pun dari bekas suami, itu tak beerti hukum wajib atas nafkah itu terhapus dan hak anak terlupus. Jangan pentingkan diri.
Lalu skrg kita mahu bekas isteri org lain berdiam diri dan jangan ganggu hidup dudanya itu dgn menuntut nafkah. Kira bila dah cerai, putus terus la. Mana boleh begitu. Kalau kita tak cerah bab ni, mohon jangan ganggu org lain mendapatkan haknya. Wallahualam.
Nak kawen.. Nak kawen.. Nak kawen..
Jujur Ciksue cakap eh, kebanyakkan minah tudung labuh ni la yang paling kuat berbincang ttg mencari calon suami. Macam alam rumahtangga ni teramatlah indah dan hilang sudah matlamat yg lainnya. Kalau dok dalam usrati mesti tentang mencari calon suami.
Sabar menanti jodoh wahai adik². Ciksue dah jadi warden pelajar ni pelbagai ragam dan jerat percintaan yang Ciksue kena handle. Sampai kes high profile nak bunuh diri sbb cinta pun ada. Begitulah punya desperate nk berlaki. Seram kadangnya.
Jodoh ni akan sampai ikut masa wahai adik². Kita zikir la 1000 kali pun kat fb.. "jodoh datanglah dikau", kalau belum masa maka tak akan hadirnya dia. Walau ada 1000 kawan lelaki yg komen post kita, kalau Allah kata bukan maka bukanlah ia.
Ciksue cakap tulus ikhlas dari hati, makin kau cari makin menjauh ia pergi. Makin kau kejar makin ia menjauh. Yang terbaik adalah kau serahkan pada Allah utk memberikan yg terbaik. Bukan dgn cara zikir di fb atau merapu tentang jodoh setiap hari. Bukan juga dgn galak melayan komen dan chat ajnabi. Kena banyak berhati² dan jangan banyak mempermainkan hati.
Banyak perkara kita blh buat dalam hidup sementara menanti jodoh, dan selain mengupdate status "sedang mencari jodoh yang warak". Carilah ia di masjid, bukan di fb kalau betul la nk cari sangat. Itupun kalau ley jumpa. Ingat ye, jodoh itu aturan Allah utk menyentuh dua hati dalam waktu yg sama utk rasa suka, berkenalan dan bernikahan.
Kadang lelaki perhatikan juga post kita. Sekali buat status, ramai lelaki masuk komen. Mungkin kita rasa, dgn berkawan dgn ramai lelaki maka blh terpancing jodoh tak lama lagi. Padahal, jodoh tak ditentukan oleh seberapa banyak kawan lelaki. Lelaki yg baik akhlaknya mestilah akan memilih wanita yang kurang diberi perhatian oleh ajnabi, itulah permata berharga yg dicari.
Doa pada Allah dan perbaiki diri. Hidup di alam rumahtangga bukan indah setiap masa, akan ada waktunya lautan juga bergelora. Cuma waktu itu kau dah bersedia dgn cukup kelengkapan dan pelampung atau kau akan hilang arah tuju dan terapung². Wallahualam.
☘G-SHOCK GA110 WATCH☘
⛔️Harha murah² je ni!!!
⛔️Free postage 1 malaysia
.......................................
✳ Brand : G-shock GA-110
✳ Gred : 3A 1.1 COPY ORI
✳ AUTOLIGHT FUNCTION
✳ DAY-DATE SHOWING
✳ WATERPROOF
✳ MONTH
✳WORLD TIME
✳TIMER
✳ALARM
✳ CERMIN KACA
✳ TAHAN LASAK
✳JARUM KECIK FUNCTION
✳SETTING LIKE ORIGINAL
✳ WRNTY 5 BULAN
✳ Packing : Free Tin G SHOCK /manual book N paper bag
Berkenan jam di atas blh wassap sy skrg wasap.my/+0196865770