nikakim.biz

Fasa 3 tahun bisnes agak mencabar 1 Kita baru mulakan bisnes masih belum pandai sepak terajang dunia bisnes

Fasa 3 tahun bisnes agak mencabar.
1)Kita baru mulakan bisnes, masih belum pandai sepak-terajang dunia bisnes. Pendapatan bulanan juga tidak berapa stabil. Ada masanya pendapatan kita lebih banyak dari gaji semasa kita bekerja dahulu dan ada masanya, pendapatan yang kita dapat tidak cukup untuk bayar komitmen bulanan yang sedia ada.
2) Cara terbaik adalah dengan mengikat perut dan tangguhkan keinginan kita semasa berjaya menjana pendapatan lebih untuk bulan-bulan tertentu. Perlu bina disiplin diri yang tinggi. Ambil gaji minimum dari pendapatan yang ada setiap bulan. Ketika ingin beli sesuatu barang yang agak mahal, fikirkan perkara yang berikut:-
a) jika beli benda tersebut, berapa liter petrol yang boleh diisi ke dalam tangki kereta? Berapa lama boleh guna untuk isi minyak?
b) berapa hari wang tersebut boleh digunakan untuk makan?
c) berapa banyak wang yang bakal digunakan tersebut boleh digunakan untuk selesaikan komitmen yang sedia ada?
d) jika wang ini dibuat modal untuk produk laku keras, berapa banyak wang yang boleh digandakan daripada modal tersebut.
3) Tangguhkan untuk membuat hutang baru. Jangan terpengaruh dan ikut-ikut orang lain. Jika kawan-kawan kita beli kereta baru yang lebih besar, itu rezeki mereka. Mungkin mereka perlukan kereta tersebut untuk membawa keluarga mereka yang besar. Perlu diingat, fungsi kereta hanyalah untuk membawa kita dari destinasi A ke destinasi B. Guna kereta yang sedia ada juga boleh sampai ke destinasi yang dituju dengan syarat, jangan lupa untuk servis kereta mengikut masa yang ditetapkan.
4) Tetapkan simpanan setiap bulan. Ada masanya, kita tergoda dengan wang yang semakin banyak 0 di dalam akaun bank. Cara untuk tidak nampak wang yang banyak 0 dalam bank adalah dengan membuat simpanan yang menyusahkan diri kita untuk keluarkan wang tersebut. Cara terbaik, masukkan ke dalam tabung haji, asb ataupun beli sijil simpanan premium. Nasib baik, dapat hadiah.
5) Jangan lupa bersedekah selalu walaupun duit tidak berapa ada di dalam poket. Sedekah bukan hanya dengan wang ringgit. Senyum juga satu sedekah, tolong makcik melintas jalan juga satu sedekah dan alihkan kayu yang mengganggu perjalanan orang juga satu sedekah. Insya Allah, murah rezeki.
;)
28/10/2021

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *