nikakim.biz

Judul Doktor Tanpa Kot Putih Penerbit KataPilar Medik https www facebook com katapilarbooks Harga RM 27 Pembelian Hubungi 60172734065 Teringat lelucon daripada seorang rakan sekerja yang memuatnaik tarikh tarikh yang sesuai untuk memohon cuti sakit pada t

Judul: Doktor Tanpa Kot Putih
Penerbit: KataPilar Medik
https://www.facebook.com/katapilarbooks/
Harga: RM 27
Pembelian: Hubungi +60172734065
Teringat lelucon daripada seorang rakan sekerja -- yang memuatnaik tarikh-tarikh yang sesuai untuk "memohon" cuti sakit pada tahun hadapan 2018.
Ia bukanlah perkara yang dibolehkan sebenarnya dan hal ini telah diulas dengan baik oleh Dr Fahd Razy di dalam bukunya-- Doktor Tanpa Kot Putih.
Saya tidak mahu mengulas panjang tentang MC "tipu" yang jika diamalkan oleh penjawat awam boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.
Saya mau mengulas buku yang bagus ini.
Buku berona oren dengan gambar illustrasi oleh Ahm Ahmad; figura doktor yang rencam dalam kehidupan sehariannya, sesuai judulnya - Doktor Tanpa Kot Putih.
Naskhah ini disusun sebegitu rapi menggambarkan pengarangnya - seorang doktor, penyair dan cerpenis. Begitulah kandungan buku ini yang mengandungi anekdot berkisar bidang perubatan yang santai namun berinformatif, ada juga puisi indah dan cerpen.
Kisah-kisah di dalamnya santai, segar, bermaklumat, dengan lakaran illustrasi lucu, kadang meninggalkan rasa simpati, selalunya membuatkan saya tertawa kecil dan berfikir.
Jika anda ingin bacaan santai bermanfaat, inilah bukunya.
Jika anda tertanya bagaimana kehidupan seorang doktor, inilah bukunya juga.
Dan jika anda ingin tau bagaimana menjadi Fahd Razy, penulis dan pemenang pelbagai anugerah sastera, memang tidak dapat tidak anda harus memiliki naskhah ini!
31/01/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *