nikakim.biz

Pagi tadi terbaca post Puan Noraminah Omar berkenaan lean start up

Pagi tadi terbaca post Puan Noraminah Omar berkenaan lean start-up.
6 tahun lepas, kami beli perniagaan taska dari pemilik lama. Masa itu, memang kami tidak cukup duit untuk beli perniagaan tersebut. Kami tidak cukup RM3k untuk bayar wang pendahuluan pembelian perniagaan tersebut.
Saya tebalkan muka, minta tolong dari seorang sahabat untuk pinjamkan wang sebanyak RM3k. Alhamdulillah, beliau beri pinjam. Masa itu, buntu bagaimana untuk membayar wang RM3k tersebut kerana anak murid taska hanya ada 2 orang. Saya buat surat perjanjian dengan beliau. Berikan deraf kepada beliau untuk pembayaran ansuran pinjaman tersebut sebanyak RM150 sebulan. Janji saya kepada beliau, jika ada wang lebih, saya bayar lebih. Pembayaran dibayar dengan menggunakan cheque setiap bulan. Alhamdulillah, tidak sampai 2 tahun, pinjaman tersebut selesai dibayar.
Cabaran seterusnya adalah bagaimana untuk buat taska tersebut menarik dengan kos yang minima. Kami ke rumah mak kami. Rumah mak saya di Bukit Baru, dan mak mertua di Kg Bukit Darat. Kami cari cat lebihan mengecat rumah yang ada. Bawa balik taska, kami bancuh dan campur-campurkan warna menggunakan cat yang ada. Cat lama memang ada sedikit bau.
Proses mengecat yang besar dilakukan pada malam sabtu kerana bau cat yang agak busuk. Sesudah cat kering, bau tersebut hilang. Bila sudah nampak hasil yang menarik, hilang segala lelah.
Perkara yang agak susah dan remeh adalah proses mendapatkan lesen taska. Masa itu, kami tidak tahu, jika taska tukar pemilik, kita terpaksa mengulang semula proses pendaftaran di Jabatan Kebajikan Masyarakat, PBT, Bomba dan Jabatan Kesihatan.
Ketika itu, fasa mengikat perut bermula. Antara perkara menarik yang berlaku adalah proses.membuat pamplet pertama kami. Designer di Seremban, hantar print pamplet di Kuala Lumpur. Masa itu baru tahu, jika kita ingin jimat kos printing, buat minimum 1000 salinan.
Banyak perkara yang berlaku ketika tempoh perjalanan permulaan perniagaan taska. Perkara menarik, suka, duka, pengalaman pahit, semuanya ada. Yang penting, kita jangan mengalah dan terus melangkah.
Melangkah setapak secara berterusan tanpa henti adalah lebih baik dari berlari laju di permulaan tetapi terhenti di tengah jalan.
Terima kasih kepada sahabat dan rakan-rakan yang tidak henti-henti menyokong kami. Jasa anda tidak kami lupakan. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Amin.
;)
25/10/2021

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *