nikakim.biz

Teringat ketika membantu arwah abah berniaga di pasar pasar malam suatu ketika dahulu arwah berpesan buat akaun berniaga ni senang saja

Teringat ketika membantu arwah abah berniaga di pasar-pasar malam suatu ketika dahulu, arwah berpesan, buat akaun berniaga ni senang saja. Perlu ada :-
1) duit masuk
2) duit keluar
Yang penting, semua perbelanjaan dan pendapatan dicatat setiap hari.
Cara yang arwah abah saya ajar senang sahaja. Kami gunakan buku latihan sekolah yg tidak habis dipakai. Satu muka surat dibahagikan kepada 2 bahagian.
1) pendapatan
2) perbelanjaan
Walaupun untung berniaga di pasar malam puluh-puluh sahaja, tapi kami nampak duit masuk dan duit keluar setiap bulan.
Semasa cuti sekolah, saya tolong arwah abah berniaga dan diberi 2 pilihan.
1)Ingin dapat gaji tetap RM15 hari atau
2) gaji dibayar ikut pembahagian keuntungan mengikut jualan
Saya pilih yang kedua. Memang kita tidak tahu berapa jualan yang dapat kita hasilkan sehari, tapi dengan teknik jualan yang betul, saya pernah dapat gaji yang mencecah sehingga RM50 sehari.
Saya amat bersyukur kerana dianugerahkan seorang abah yang kuat berusaha. Arwah seorang OKU dan tidak pernah minta sedekah.
Al-fatihah buat arwah abah.
27/10/2021

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *